Gaya HidupKesihatanSukan

5 Cara Untuk Membina Badan Seperti Pahlawan

Freddy Brown, dari Gym KO Muay Thai percaya bahawa senaman berinsentif tinggi adalah cara yang paling berkesan untuk membakar lemak dan sambil itu membina otot anda. Dan apa yang beliau katakan itu betul. Satu kajian oleh penyelidik di Colorado State University mendapati bahawa ia boleh membakar sebanyak 200 kalori dalam masa 24 jam.

Selain itu, Jurnal Sains Sukan telah mendedahkan jenis senaman ini mampu meningkatkan pengeluaran HGH sebanyak 450 peratus. Ia adalah satu hormon yang bagus untuk pembakaran-lemak, tetapi juga akan membantu membaiki dan membina otot tanpa lemak selepas sesi yang memenatkan. Tambahan pula, satu kajian Physical Educator juga mendedahkan bahawa senaman insentif seperti sparring ini boleh mengurangkan tanda-tanda kebimbangan dan kemurungan.

Untuk membantu anda dalam membina badan yang kuat seperti pahlawan idaman anda, berikut adalah lima cara yang anda perlu cuba:

1. Muay Thai (Terbaik untuk: Fleksibiliti dan kelajuan)

Anda tidak boleh berharap untuk membuat tendangan ke kepada dengan otot paha yang ketat; jadi dengan meningkatkan flesibiliti adalah kunci bagi latihan ini. “Selain itu, latihan ini juga mampu meningkatkan kelajuan dan kapasiti intensiti daya letupan anda,” kata Brown. Ini akan mencairkan lemak anda untuk membina badan atlet moden.

Muay Thai juga berkemampuan untuk meningkatkan kedua-dua metabolisme aerobik dan anaerobik glikolisis untuk meningkatkan stamina seiring dengan meningkatkan kuasa otot anda.

2. Krav Maga (Terbaik untuk: Praktikal otot dan mempertahankan diri)

Latihan ini secara zahirnya direka untuk melatih diri anda untuk mempertahankan diri. Anda membina ketangkasan, koordinasi dan kekuatan untuk menghadapi apa jua keadaan. Latihan yang melatih anda berada dalam situasi yang sengit, ditambah pula dengan latihan kettlebell yang banyak akan meningkatkan kecergasan anaerobik anda.

“Ia adalah latihan kecergasan yang juga memberikan anda kemahiran untuk menyelamatkan diri, yang bertentangan dengan latihan demi kecergasan semata-mata, ia boleh memberikan ketenangan kepada anda untuk melalui saat sengit dan juga meningkatkan keyakinan,” kata John Aldcroft, ketua pengajar di Akademi British Krav Maga.

3. Brazil Jiu Jitsu (Terbaik untuk: Kekuatan badan)

Cubaan anda untuk memikirkan kelemahan pihak lawan adalah satu senaman mental yang akan meningkatkan keupayaan anda dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya, bergusti memerlukan penggunaan setiap otot dan penekanan terhadap kedudukan badan akan meningkatkan sistem saraf anda, yang boleh dipindah milik kepada teknik mengangkat anda apabila anda ke gym.

“Latihan BJJ boleh dilakukan pada kuasa penuh dengan peluang kecederaan yang sedikit kerana ‘tapping out’ bermaksud anda boleh berhenti sebelum apa-apa mula rasa sakit,” jelas Richard Martin, pengerusi Persatuan Jiu Jitsu UK Brazil.

4. Boxing (Terbaik untuk: Pembakaran lemak dan kuasa “kalah mati”

Boxing atau meninju menggabungkan pakej yang kecergasan kardiovaskular berintensiti tinggi yang sempurna, tetapi juga meningkatkan kekuatan teras anda,” kata Shannon Jewell Alex Fitness Gym. Bersenam pada intensiti ini juga membakar daripada kortisol hormon tekanan untuk meningkatkan mood anda dan membantu anda rasa bertenaga.

Perubatan dan Sains Sukan bagi Senaman jurnal telah mengukur kalori yag dibakar dalam senaman yang dilakukan selama satu jam dan mendapati boxing boleh mencairkan dalam 900 kcals setiap 60 minit sesi, lebih daripada mana-mana seni mempertahankan diri yang lain.

5. MMA (Terbaik untuk: baik untuk semua)

Ia mampu membantu dalam pertumbuhan otot dan pembakaran lemak. Menggabungkan gaya yang berbeza seperti BJJ, Muay Thai dan tinju, variasi ini memastikan setiap kelas adalah menghiburkan dan anda akan belajar lebih banyak kemahiran daripada mana- mana sukan seperti ini yang lain.

Penyelidik University Alberta mendapati bahawa walaupun anda akan lebih mudah untuk menerima luka dan lebam di MMA – risiko mengalami kehilangan kesedaran atau kecederaan mata yang serius adalah separuh daripada apa yang akan anda dapat dalam boxing.

Sumber: http://www.fashionbeans.com/2016/5-ways-to-build-a-warriors-body/

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker