Teknologi

OnePlus 3 tampil lebih futuristik

OnePlus kini bersiap sedia untuk melancarkan peranti keempat mereka iaitu OnePlus 3, dan syarikat China itu mahu para peminatnya menikmati apa yang akan datang.
Untuk pengetahuan anda, penulis sedang menggunakan peranti OnePlus2 dan menganggap peranti ini sebagai telefon pintar kegemaran. Saiz skrin 5.5 inci sangat memuaskan, 4GB RAM memastikan prestasi terjamin buat masa yang lama dan paling utama sekali, siapa tidak tertarik dengan harga RM1,500?

Spesifikasi OnePlus 3:

Biarpun OnePlus terkenal dengan produk ‘telefon pintar bajet’, itu tidak dimaksudkan anda terpaksa akur dengan spesifikasi mudah. OnePlus 2 menawarkan kecanggihan yang hebat termasuk prosesor Snapdragon 810 terbaru (pada masa itu). Jadi, versi terbaru ini turut dihiasi dengan teknologi terbaru.

Reka bentuk ‘premium’

OnePlus 3 akan diciptakan dengan menggunakan besi kali ini. Dalam tangan ia dijangka berasa seperti memegang iPhone terbaru atau HTC yang terkenal dengan reka bentuk besi.
Bagaimanapun, ia dianggap sebagai satu pertukaran drastik berbanding reka bentuk yang lebih tahan lasak sebelum ini iaitu ‘Sandstone’, seperti grip yang digunakan pada skateboard.

Skrin AMOLED

Antara salah satu faktor yang membenarkan OnePlus menawarkan nilai harga yang rendah adalah kehadiran skrin LCD yang masih dinanggap ‘cukup memuaskan’ bagi kebanyakan para pengguna. Namun pada 2016 pula, kami sudah menyaksikan beberapa skrin baru seperti OLED dan mencecah resolusi 4K yang menyebabkan kos skrin AMOLED menurun sedikit.

RAM adalah kunci

OnePlus 3 tidak akan menawarkan versi 3GB pada 2016. Bermula Jun ini, OnePlus akan memulakan jualan versi 32GB/ 4GB RAM yang diikuti grgasi 64GB/6GB RAM! Jumlah RAM yang lebih tinggi memastikan anda boleh multi-task dengan lebih mudah.

Harga rendah adalah polisi OnePlus

Biarpun kehadiran beberapa kecanggihan baru sudah pasti bermakna harga yang lebih tinggi, OnePlus tekad menlancarkan telefon pintar yang lebih murah berbanding Apple, Samsung, LG dan lain-lain. Penulis menjangkakan harga yang RM1500-RM2000 untuk kedua-dua versi.
Show More

Related Articles

Back to top button