AntarabangsaIsu Semasa

ISIS Dan Al-Qaeda: Apakah Perbezaan Mereka?

Selepas tragedi hitam 9/11 di Amerika Syarikat (AS), kita boleh lihat pelbagai kumpulan pengganas yang kononnya mempunyai matlamat untuk ‘berjihad di jalan Islam’, sedangkan tiada satu pun agama di dunia ini yang mengajar pengikutnya untuk melakukan keganasan tidak kira apa situasi sekali pun.

Antara kumpulan pengganas ‘popular’ yang wujud selepas tragedi itu adalah Al-Qaeda dan juga Islamic State (ISIS). Tetapi, tahukah anda bahawa kedua-dua kumpulan ini merupakan dua kumpulan yang berbeza?

PERBEZAAN ISIS DAN AL-QAEDA

cbc5c365-6298-4aa0-b2be-a6264acb6d49_16x9_600x338.jpg
Ketua Al-Qaeda dan ISIS – Sumber: www.njhomelandsecurity.gov

Al-Qaeda menyifatkan diri mereka sebagai pejuang barisan hadapan global dalam menggerakkan masyarakat Islam untuk menentang pemerintahan sekular.

Namun begitu, ISIS pula berhasrat untuk mengawal kawasan/wilayah dalam usaha mewujudkan ‘Negeri Islam’ yang ‘suci’ berlandaskan intepretasi shariah songsang, demi menghapuskan sempadan politik Timur Tengah yang dibina oleh kuasa-kuasa Barat pada abad ke 20 dan juga meletakkan diri mereka sebagai satu-satunya kuasa politik, agama, dan juga kuasa tentera ke atas semua umat Islam di serata dunia.

Memandangkan kewujudan dan matlamat ISIS sangat berbeza berbanding Al-Qaeda, kedua-dua kumpulan ini beroperasi dalam cara yang berlainan. Ini menjadi penyebab mengapa strategi pasukan anti-teroris Amerika Syarikat dalam menentang Al-Qaeda tidak bersesuaian dalam misi menentang ISIS.

Dalam sebuah ucapan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, pada September 2014, beliau telah melukis garisan lurus diantara kumpulan ISIS dan Al-Qaeda dan mengeluarkan satu kenyataan berbunyi: “ISIS is a terrorist organization, pure and simple.” Tetapi, kenyataan itu dianggap sebagai satu kesalahan oleh pakar.

CIRI-CIRI ISIS DAN AL-QAEDA

140619-isil-iraq-mn-905_f8e4758ae16a0155ba21adb1595c738c.jpg
Gambar sekadar hiasan – Sumber: dprmag.org

Rangkaian pengganas, seperti Al-Qaeda secara umumnya hanya mempunyai ratusan ahli, menyerang orang awam, tidak memegang sesuatu wilayah/kawasan, dan tidak mampu untuk berhadapan dengan angkatan tentera secara langsung.

Walaubagaimanapun, bagi ISIS, mereka mempunyai kira-kira 30,000 pejuang, memegang dua wilayah di Iraq dan Syria, mengekalkan keupayaan tentera dengan luas, mengawal talian komunikasi, menjana diri sendiri, dan terlibat dalam operasi ketenteraan yang hebat. Jadi, ISIS bukan kumpulan pengganas, tetapi mereka ini seakan-akan ‘satu negeri’ yang kononnya wujud dan ditadbir oleh tentera konvensional. 

Lagi perkara yang membezekan Al-Qaeda dan ISIS adalah sejarah mereka. Al-Qaeda wujud selepas penaklukan Soviet di Afghanistan pada tahun 1979. Pandangan/ideologi ketua mereka dibentuk melalui peperangan selama 10 tahun dalam menentang penjajahan Soviet apabila beribu-ribu militan Islam, termasuk Osama Bin Laden, berkumpul di negara itu.

Sebagai sebuah organisasi yang bersatu, mereka bergerak dalam bentuk rangkaian global, di mana tujuan mereka adalah untuk melancarkan serangan terhadap kuasa Barat serta sekutu-sekutunya, dan menghimpunkan orang Islam untuk menyertai konfrontasi global ini dalam menentang kuasa sekular tidak kira dekat atau jauh.

ISIS pula wujud disebabkan pencerobohan Amerika Syarikat (AS) di negara Iraq pada tahun 2003. Pada ‘kelahiran’ awalnya, mereka hanyalah sekumpulan ekstrimis yang kononnya memperjuangkan aliran Sunni, dan menentang tentera AS serta orang awam beraliran Syiah dalam usaha  mencetuskan perang mazhab.

PENJANAAN PENDAPATAN

635908792913304663-XXX-stock-retirement-money-people014
Gambar sekadar hiasan – Sumber: usatoday.com

Seperti yang telah dimaklumkan di atas, ISIS menjana kumpulan mereka sendiri, kerana mereka tidak memerlukan sebarang bentuk penjanaan daripada mana-mana pihak. Memegang sesuatu kawasan/wilayah telah membolehkan kumpulan itu untuk menjana pendapatannya sendiri, dan ia sangat lumayan. Cuba anda bayangkan, ISIS memperoleh pendapatan sebanyak AS$1 juta sehingga AS$3 juta setiap hari melalui aktiviti penyeludupan minyak.

Al-Qaeda pula menjana pendapatan melalui aktiviti pengubahan wang haram (money laundering) dan juga penerimaan ‘sumbangan amal’ daripada beberapa pihak yang bersekutu dengan mereka.

CARA BEROPERASI

 

ISIS-beheadings.jpg
Pembunuhan beramai-ramai – Sumber: westernjournalism.com

Serangan Al-Qaeda sering kali mengorbankan ramai orang Islam, dan ketua mereka sangat sensitif terhadap perkara ini kerana mereka ini kononnya melambangkan imej sebagai ‘barisan hadapan’ pergerakan orang Islam seluruh dunia. Serangan di Morocco, Saudi Arabia, dan Turkey pada tahun 2003, Sepanyol pada 2004, serta Jordan dan Britain pada 2005, telah menyebabkan kematian orang Islam dengan jumlah yang begitu besar.

Ini juga menyebabkan kemarahan orang Islam di seluruh dunia dan sejak itu, Al-Qaeda menjadi semakin tidak popular dan sering dikutuk dan dicerca oleh masyarakat Islam.

ISIS, bagaimanapun, menjalankan operasi mereka dalam cara yang lebih ganas. Mesej yang ingin disampaikan oleh mereka adalah berkenaan kuasa dan dendam, bukan kebenaran. Keganasan yang dilakukan – rakaman pemenggalan kepala, pembunuhan beramai-ramai, bertujuan untuk menakutkan pihak musuh dan juga untuk menindas ideologi/pandangan berlainan.

PENUTUP

Dari sini, kita dapat lihat dengan jelas bahawa Al-Qaeda dan juga ISIS merupakan kumpulan ekstrimis yang mempunyai latar belakang berbeza, tetapi kedua-dua kumpulan ini kononnya memperjuangkan agama Islam. Ideologi yang mereka perjuangkan adalah bercanggah dan salah dari sisi agama Islam kerana Islam adalah agama yang berteraskan keamanan.

Akhir kata, janganlah kita, terutamanya golongan belia, mudah untuk terpedaya dengan mana-mana kumpulan ekstrimis sekali pun kerana tiada satu pun dari kalangan mereka yang memperjuangkan kebaikan dan kebenaran.


Sumber: https://www.foreignaffairs.com/articles/middle-east/isis-not-terrorist-group

 
Show More

Related Articles

Back to top button