Sukan

Adakah UFC lebih popular daripada WWE?

Mungkin anda kini sudah menjadi peminat setia Ultimate Fighting Championship (UFC) yang menjadi pentas utama bagi sukan seni bela diri dan Mixed Martial Arts.

Namun kemunculan UFC mengambil masa yang agak lama untuk memintas WWE iaitu rancangan gusti terkenal, jadi kenapa ia semakin popular terutama sekali di Amerika Syarikat?

Semestinya, UFC menyediakan pentas untuk atlet elit bertarung dan kesemuanya adalah benar!

Penulis tidak mengatakan WWE kurang menarik kerana perlawanan dan jalan cerita sudah ditetapkan oleh kru penulis. Tetapi, aksi yang dipamerkan dalam Octagon UFC lebih realistik dan atlet-atlet seperti Conor McGregor dan Ronda Rousey menampilkan persona tersendiri.

Selain itu, promosi perlawanan UFC memiliki daya tarikan yang jauh lebih hebat berbanding WWE kerana ia menunjukkan permusuhan sebenar antara dua atlet elit.

Sama seperti sukan tinju, UFC boleh membawa masuk tajaan dan bayaran yang berpuluh-puluh kali ganda berbandin WWE. Sebagai contoh, perlawanan Conor McGregor lawan Nate Diaz membawa masuk USD400 juta…. sebelum mereka memasuki gelanggang perlawanan.

Itu bermakna, penonton mahu menyaksikan persaingan benar dan UFC juga merupakan sukan ‘entertainment’ saperti WWE.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker