Sukan

14 atlet negara ke Rio setakat ini

Hanya 73 hari sebelum temasya Olimpik Rio 2016 berlangsung dan Malaysia akan diwakili 14 atlet setakat ini.

Kini, kontinjen negara dibarisi Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Wendy Ng Yan Yee, Ooi Tze Liang dan Nur Dhabitah Sabri (terjun), Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa (berbasikal), Jonathan Wong (menembak), Welson Sim (renang), Khairul Anuar Mohamad (memanah), serta Khairulnizam Mohd Afendy, Nur Shazrin (pelayaran) dan Nauraj Singh Randhawa (lompat tinggi dan baru-baru ini, Hafifi Mansor (angkat berat).

Untuk pengetahuan anda, skuad badminton negara seperti Datuk Lee Chong Wei bakal menyumbang banyak kepada senarai itu apabila sebaik tamat sesi kelayakan sukan tersebut.

Bagi penulis, skuad terjun merupakan peluang terbaik Malaysia mendapatkan pingat emas pertama selain cabaran getir Chong Wei.

Chong Wei menunjukkan prestasi baik dan perjalanannya di Rio akan diberi perhatian yang besar. Mampukah Chong Wei menyempurnakan saat-saat terakhirnya sebagai atlet utama negara?

Selain itu, Welson Sim dan Johnathan Wong muncul sebagai kejutan terbesar kali ini setelah melayakkan diri dengan penuh cemerlang bagi sukan masing-masing.

Bagaimanapun, ketandusan atlet olahraga merupaka satu keraguan bagi arena sukan Malaysia tatkala Nauraj Singh merupakan atlet tunggal kali ini.

Apa yang perlu difahami setiap atlet ialah mereka perlu berkunjung ke Rio, Brazil untuk mencipta kemenangan kerana pentas Olimpik bukan sekadar tempat mendapat peluang.

Jika anda memiliki tiket ke Rio, berjuanglah untuk nama keluarga dan nama negara yang tercinta.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker