Sukan

Van Gaal menghitung hari di Old Trafford

Pihak pengurusan Manchester United dikhabarkan akan membuatkan pengumuman rasmi mengenai posisi Louis van Gaal selaku pengenadli pasukan sekali gus mengesahkan pelantikan Jose Mourinho yang akan mengambil alih bermula musim hadapan.

Teka-teki membabitkan kedua-dua pengurus terkenal ini telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia disebalik prestasi yang kurang memuaskan bawah kendalian Van Gaal.

Van Gaal menjadi kambing hitam di Old Trafford ekoran beberapa persembahan hambar yang menyaksikan Manchester United tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah dan gagal mengakhiri saingan liga dalam kelompok empat terbaik.

Namun kegagalan itu diubati sedikit dengan kejuaraan Manchester United dalam kejohanan Piala FA Inggeris baru-baru ini.

Manakala, siapa tidak kenal dengan Jose Mourinho? Bekas pengurus FC Porto, Chelsea, Inter Milan dan Real Madrid itu kini di ambang mengambil alih pasukan paling terkemuka di seluruh dunia.

LVGMOU

Lebih menarik, Van Gaal pernah menjadi ‘sifu’ kepada Mourinho ketika mereka bekerjasama sebagai pengurus dan penolong pengurus di Barcelona.

Mourinho merupakan antara nama terbesar dalam dunia bolasepak dan pernah berkali-kali menyatakan hasratnya untuk menjadi pewaris pasukan yang telah diterajui oleh Sir Alex Ferguson, pengurus terbaik dalam sejarah bola sepak.

Apakah Mourinho, yang pernah menjadi individu yang paling dibenci para penyokong MU pada suatu ketika merupakan jawapan untuk mengembalikan zaman kegemilangan buat The Red Devils?

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker