Sukan

Undian Piala Malaysia menarik dan seimbang

Merujuk kepada undian Piala Malaysia 2016, kesemua pasukan-pasukan mempunyai tugas yang agak berat dalam kumpulan masing-masing untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Kumpulan A:
Terengganu FC II (TFC II) | Kedah | Sarawak | Johor Darul Ta’zim II (JDT II)

Kedah dan T-Team dilihat sebagai pasukan kegemaran untuk layak ke pusingan kalah mati.

Pasukan Kedah kekal sebagai satu-satunya pasukan yang mampu menewaskan Johor Darul Takzim dalam Liga Malaysia musim ini, manakala T-Team adalah pasukan kejutan dalam Liga Super.

Sarawak hampir terlepas kelayakan Piala Malaysia musim ini bawah kendalian K.Rajagopal namun mereka telah menunjuk sedikit kebangkitan bawah naungan David Usop dan mampu melakar kejutan dalam kumpulan ini.

Biarpun JDT II menunjukkan prestasi hebat untuk memasuki kelompok empat terbaik dalam Liga Perdana, mereka perlu melakukan keajaiban sekiranya ingin layak ke pusingan seterusnya.

Kumpulan B:
Selangor | Kelantan | Pahang FC | Kuala Lumpur

Pada pendapat penulis, Kuala Lumpur mampu memberi tentangan hebat kepada Selangor dan Kelantan untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya setelah menunjukkan prestasi yang hebat musim ini biarpun beraksi di Liga Perdana.

Sukar untuk melihat Pahang FC menafikan ketiga-tiga pasukan itu yang ternyata berakssi dengan lebih konsisten dalam saingan Liga Malaysia.

Jika gagal ke pusingan seterusnya, jangan menafikan kemungkinan Tok Gajah mampu jadi penentu pasukan mana akan layak setelah selesai peringkat kumpulan.

Kumpulan C:
Johor Darul Ta’zim (JDT) | Polis Diraja Malaysia (PDRM) | Perak | PKNS FC

Kedua-dua peserta final Piala FA diundi ke dalam kumpulan yang sama namun hanya JDT dilihat sebagai pilihan paling jelas.

Biarpun PKNS menunjukkan semangat ‘pasukan piala’ tahun ini, mereka perlu berwaspada ancaman daripada PDRM dan Perak yang mempunyai kualiti tersendiri.

Kumpulan D:
FELDA United | Terengganu | Melaka | Negeri Sembilan

Melaka dan Negeri Sembilan diberikan peluang terbaik untuk membuktikan keampuhan mereka menentang wakil Liga Super.

Kedua-dua pasukan berstatus Liga Perdana itu merupakan dua pasukan terbaik liga manakala FELDA United dan Terengganu kadangkala mempamerkan aksi yang kurang konsisten yang perlu diambil kesempatan dengan sepenuhnya.

Show More

Related Articles

Back to top button