Teknologi

Paparan fleksibel Samsung cetuskan telefon fleksibel?

Penulis pernah membincangkan teknologi paparan fleksibel yang membuka pintu kepada produk-produk baru tetapi apakah ia akan digunakan untuk mengembalikan trend telefon flip?

Samsung ingin mengambil kesempatan ke atas teknologi itu dengan memberi sedikit nostalgia kepada pelanggannya.

Telefon flip merupakan salah satu trend terbesar sebelum zaman papan kekunci fizikal dan kemudiannya, paparan skrin sentuh.

Masih ingat lagi Motorola Razr? Bagi penulis, itu adalah antara telefon flip kegemaran orang ramai dan amat popular di Malaysia.

Kami sudah lama mendengarkan khabar angin membabitkan siri Galaxy X yang terbaru daripada Samsung.

Biarpun reka bentuk Motorola Razr sudah lama dilupakan, kehadiran papran fleksibel menyaksikan peranti-peranti akan datang mampu dilipat atau digulung

Siri Galaxy X dikhabarkan akan dibarisi beberapa telefon flip yang berkaliber tinggi.

Apakah keputusan yang dibuat Samsung merupakan satu yang wajar? Atau apakah jaguh Korea Selatan itu berdepan risiko melihat jualan menjunam setelah mendominasi pasaran 2016 setakat ini?

Sumber: http://www.slashgear.com/

Show More

Related Articles

Back to top button