Gaya HidupKesihatan

Mengapa Anda Tidak Patut Duduk Di Tandas Lebih Daripada 15 Minit

Sama seperti katil, ia sepatutnya digunakan hanya untuk tidur dan seks sahaja – tandas pula hanya untuk membuang air besar dan kecil sahaja. Jadi, apa lagi? Tinggalkan telefon bimbit anda di luar ya sebelum melakukan “pelaburan”.

Menurut Gregory Thorkelson, M.D., seorang pakar psikiatri di jabatan gastroenterologi, hepatologi, dan pemakanan di Universiti Pittsburgh, “ianya lebih baik untuk mengehadkan masa anda di tandas kurang daripada 10 hingga 15 minit sahaja.”

Membuang air besar tidak sepatutnya menjadi satu proses yang perlu dipaksa. Malah, anda sepatutnya hanya perlu ke tandas apabila keinginan untuk membuang itu benar-benar datang.

Jika keinginan itu tidak ada, anda hanya akan penat dengan meneran sepenuh hati hanya semata-mata untuk mengeluarkan najis itu. Dan jika anda terlalu kuat meneran, anda akan berpotensi untuk terkena buasir – saluran darah di sekitar dubur anda akan membengkak, berdarah dan menyakitkan anda.

Selain itu, jika anda jenis yang suka membaca surat khabar atau menggunakan telefon sambil anda di tandas, hentikan tabiat ini, kerana ia hanya akan membuatkan sistem badan anda berhenti berfungsi daripada mahu membuang air besar.

Ini sebab mengapa ini berlaku: Sesuatu yang dipanggil gelombang peristalsis – satu kontraksi berirama dan progresif dalam usus yang bergerak bersama-sama najis anda – adalah perkara yang membuatkan tercetusnya keinginan anda untuk membuang air besar. Setelah najis anda sampai di rektum, keinginan itu akan bertambah dengan serta merta, jelas Dr. Thorkelson.

Jika ketika itu anda tidak membuang najis itu, anda mungkin akan mengalami proses yang dipanggil peristalsis terbalik, di mana najis anda akan berundur dan masuk sedikit ke dalam kolon anda, dan ini akan membuatkan proses untuk membuang air besar anda lebih sukar.

“Kolon anda akan mengekstrakkan sedikit cacair dari najis anda yang kemudiannya boleh menyumbang kepada sembelit,” tambah beliau.

Menurut Dr Thorkelson lagi, jika ia mengambil lebih daripada 10 ke 15 minit untuk anda membuang air besar, ia mungkin satu tanda yang ada sesuatu yang tidak kena. Ini mungkin berlaku disebabkan stress yang anda sedang hadapi dan itu akan mengurangkan peristalsis dan melambatkan pergerakan usus anda.

Selain itu, apabila anda berada dalam mod bergaduh atau mod penerbangan, badan anda akan lebih fokus kepada situasi ketika itu dan bukannya membuang air besar.

Tetapi jika anda menghabiskan banyak masa di tandas, ini mungkin bermakna anda sedang mengalami sembelit. Jadi pastikan anda mendapatkan lebih banyak serat untuk badan anda (sekurang-sekurangnya 38g sehari), kata Dr Thorkelson lagi. Tambahan pula, anda juga boleh dapatkan suplimen magnesium atau julap untuk melegakan usus anda.

Akhir sekali, menurut satu kajian di Scandinavia Journal of Gastroenterology mereka mencadangkan kopi untuk membantu anda membuang air besar, kerana ia boleh membantu dalam merangsang pengecutan otot yang terlibat dalam gelombang peristalsis anda.

Sumber: http://www.menshealth.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker