Gaya HidupKesihatan

Kolam Renang Adalah Lebih Kotor Daripada Apa Yang Anda Bayangkan

Menurut satu laporan baru daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), pemeriksaan yang telah mereka jalankan ke atas kolam renang awam di lima negeri pada tahun 2013 lalu, mendedahkan mendedahkan bahawa sebanyak 79% kolam renang tersebut telah melanggar sekurang-sekurangnya satu ujian keselamatan.

Apa yang lebih teruk adalah, kira-kira 1 daripada 8 pemeriksaan yang dijalankan itu telah gagal dengan begitu teruk sekali – sehingga menyebabkan kolam itu terpaksa ditutup dengan serta-merta.

Apakah jenis kesalahan yang telah mereka lakukan? Antaranya adalah tahap pH yang merengsakan – kira-kira sebanyak 15 peratus daripada kolam-kolam yang menjalani pemeriksaan itu.

Seterusnya adalah isu-isu peralatan keselamatan – di mana ia akan meningkatkan risiko anda untuk lemas. Begitu juga dengan kepekatan disinfektan yang bermasalah – yang boleh membuatkan anda dihantar ke wad kecemasan dengan serta merta.

Apa yang lebih malang sekali adalah, statistik-statistik itu hanya menunjukkan keputusan untuk kolam-kolam yang menerima pemeriksaan rutin sahaja.

Hanya 68 peratus daripada kolam-kolam itu yang menggunakan perkhidmatan daripada agensi-agensi pemeriksa kesihatan tempatan atau lesen kolam renang awam, menurut CDC.

Beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebelum pergi berenang adalah periksa tahap pH air itu terlebih dahulu untuk memastikan jika ianya selamat atau tidak untuk anda berenang di situ. Takat ideal yang sepatutnya anda kesan adalah antara 7.2 dan 7.8.

Selain itu, apa yang anda boleh lakukan adalah anda hanya perlu bertanya mengenai bilakah kali terakhir kolam itu diperiksa dan bagaimana ia telah diperiksa.

Walau bagaimanapun, anda perlu berwaspada dengan jawapan yang mereka berikan nanti. Siapa tahu jawapan apa yang akan mereka berikan.

Oleh itu, apa yang kami sarankan ialah untuk memakai cermin mata (goggles) bagi melindungi mata anda dari air yang keruh itu, jangan minum air kolam itu, dan mandi selepas anda berenang untuk mencuci sebarang potensi perengsa daripada melekat pada kulit anda.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/health/pool-safety

Show More

Related Articles

Back to top button