Sukan

Dilema skuad angkat berat Malaysia ke Olimpik Rio

Tahniah perlu diucapkan kepada skuad angkat berat negara yang mengesahkan kelayakan ke Sukan Olimpik Rio buat kali pertama sejak 2008. Namun apakah dilema yang dimaksudkan?

Persoalan siapa akan mewakili Malaysia pada edisi 2016 menjadi satu tanda soal sejak pengesahan itu. Biarpun ia memberi motivasi kepada kesemua atlet angkat berat negara untuk meningkatkan prestasi, kami masih tidak tahu siapa akan ke Rio.

Peminat sukan tempatan menjangkakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel iaitu Mohd. Hafifi Mansor akan ke Rio kerana dilihat sebagai pilihan yang paling wajar.

Bagaimanapun, jurulatih angkat berat negara, Lukman Junarto, meletakkan atlet kurang ternama, Hazal Wafi Izhar, sebagai pesaing utama kepada Hafifi dalam perebutan slot tunggal ke Rio 2016 menjelang pengumuman Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM)/

Lukman berkata, Wafi patut dipertimbangkan secara serius kerana baru berusia 21 tahun selain menghuni ranking ke-18 dunia dalam kategori 56kg.

“Wafi telah mempamerkan angkatan yang baik dalam beberapan kejohanan yang lepas tetapi sebagai jurulatih, saya akan memilih atlet terbaik untuk beraksi di Rio nanti,” jelas Junarto.

Wafi, dengan catatan peribadi terbaik 249kg, berjaya mengatasi atlet lebih senior dalam kategori 56kg, Zulhelmi Md Pisol, dalam Kejohanan Kelayakan Asia di Uzbekistan, bulan lalu.

Hafifi pula dengan reputasi juara Sukan Komanwel dan pemegang rekod kebangsaan kategori 69kg, tidak boleh terlalu yakin walaupun dianggap atlet angkat berat terbaik negara ketika ini.

Kesemuanya akan terjawab apabila PABM membuat keputusan rasmi, Selasa ini. Sama-sama kita nantikan!

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker