Sukan

Counter Strike semakin popular di kalangan wanita

Secara jujurnya, berapa ramai daripada rakan-rakan wanita anda berminat dengan permainan video Counter Strike? Jika ada, maka kenyataan ini memang benar bahawa CS:GO semakin popular bagi acara wanita.

Penulis mahu memberi peringatan sekali lagi kepada semua bahawa sukan elektronik atau eSukan kini merupakan sukan rasmi terbaru yang mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia.

Malaysia juga diwakili Team Tarin iaitu pasukan rasmi negara manakala beberapa atlet-atlet negara sudah pun mengharumkan nama Malaysia bersama pasukan tersendiri seperti Fnatic yang dianggap salah satu gergasi Asia.

eSukan sangat popular sehingga ia sedang dipertimbangkan untuk menjadi acara pada temasya Sukan Olimpik dalam masa terdekat namun sebarang pengumuman rasmi belum dibuat setakat ini.

Dengan ini, berita mengenai eSukan diwakili atlet wanita tidaklah mengejutkan kerana ia bukan sekadar permainan video dalam generasi ini. Setiap permainan video memiliki grafik dan cara permainan yang sangat luas berbandin permain video sebelum ini yang dianggap sedikit terhad.

Selain itu, eSukan kini mendapat tajaan secara besar-besaran kerana komputer dan teknologi dilihat seperti masa depan kami.

Sumber: http://kotaku.com/womens-counter-strike-is-ready-for-a-breakthrough-1766047107

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker