Sukan

Chong Wei akui ada sinar pada Iskandar

KREDIT IMEJ: THE STAR

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei percaya rakan senegaranya, Iskandar Zulkarnain mampu menggalas tanggungjawab sebagai pemain utama negara pada masa akan datang.

Penyokong setia perlu menerima hakikat bahawa Chong Wei, 33, akan menamatkan kariernya tidak lama lagi dengan temasya Sukan Olimpik Rio 2016 menjadi satu-satunya motivasi untuk meneruskan kerjayanya dalam gelanggang kompetitif.

Bagaimanapun, harapan negara untuk melihat pemain sehebat Chong Wei mungkin dalam pembikinan dengan Iskandar yang mempamerkan aksi meyakinkan pada saingan Piala Thomas di Kunshan, China baru-baru ini.

“Iskandar merupakan seorang pemain yang semakin meningkat, berdepan Vittinghus dan bersaing dalam Piala Thomas buat pertama kali telah memberikan pengalaman yang baru buat dirinya,” kata Chong Wei.

Manakala, Iskandar menyifatkan Malaysia perlu bersiap sedia bermula hari ini untuk menghadapi cabaran yang akan datang apatah lagi skuad negara bakal dibarisi muka-muka baharu selepas era Chong Wei.

“Saya tiada masalah dengan pemain-pemain baru yang mengisi pasukan Piala Thomas akan datang, tetapi saya mengharapkan semua akan memberikan kerjasama buat pasukan untuk meraih kejayaan.

“Tekanan merupakan pengajaran paling penting yang telah saya pelajari dalam saingan Piala Thomas kali ini. Namun, masih ada lagi kejohanan akan datang yang perlu diharungi dan saya akan cuba melakukan yang terbaik buat negara,” katanya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker