Gaya HidupKecantikan

Cara Untuk Membuatkan Bedak Asas Anda Kekal Cantik Sepanjang Hari.

Tidak ada apa yang lebih teruk untuk pulang dari kerja dan menyedari foundation yang anda pakai pagi tadi sudah mula cair dan kelihatan sangat teruk.

Sambil-sambil anda membersihkan makeup yang dah bertukar menjadi satu “bencana alam” di muka anda itu, anda mula berfikir sendirian “sejak bila lagi makeup aku jadi macam ni?”

Jadi apa yang perlu anda buat untuk memastikan makeup anda kekal sepanjang hari?

Berikut adalah 6 kesilapan yang biasa anda buat dengan besak asas dan bagaimana untuk mengatasinya:

  1. Pilih foundation/bedak asas yang sesuai dengan jenis kulit anda

 too-faced

Jika anda mahu kelihatan tetap natural walaupun sedang memakai foundation, anda perlu memilih formula yang terbaik untuk kulit anda dan juga sesuai untuk semua musim dan untuk apa-apa majlis, kata Suzy Gerstein, seorang makeup artis Eucerin di New York City, yang bekerja untuk ramai selebriti seperti Karlie Kloss.

Jika kulit anda kelihatan berkilat, pilih foundation yang berikan kesan matte, seperti Maybelline New York Fit Me Matte Plus Poreless Foundation – kerana ia bertindak lebih menyerap minyak.

Jika kulit anda kering, gunakan foundation yang berformula pelembap berkrim, seperti Too Faced Born This Way Absolute Perfection Foundation – kerana ia akan memberikan anda kesan yang lebih “dewy”.

Selain itu, anda juga boleh mencampur foundation dengan pelembap anda untuk menghidrat kulit anda, kata Katie Hughes, seorang makeup artis

  1. Anda tidak membuat rutin pengelupasan untuk muka anda.

 paulaschoice

Jika wajah anda cenderung untuk kelihatan lebih kering atau tidak rata, lakukan proses pengelupasan sebelum anda memakai foundation pada muka anda. “Ia akan mengeluarkan semua cebisan kulit mati atau tidak stabil yang akan kelihatan lebih ketara selepas menggunakan foundation,” kata Hughes.

Gunakan pembersih pengelupasan yang lembut atau toner, seperti Paula Choice Calm Redness Relief 1% BHA Lotion Exfoliant.

  1. Biarkan kulit anda kering terlebih dahulu sebelum memakai foundation
    foundation-routine-for-acne-scars

Jika anda terus memakai foundation sebelum memberikan peluang untuk pelembap anda kering, ia hanya akan membuatkan foundation anda hilang daripada muka anda.

Saya suka memakai pelembap saya terlebih dahulu, kemudian menyelesaikan makeup mata, kening, bulu mata, dan sebagainya, dan kemudian baru saya memakai foundation,” kata Gerstein.

Tunggu sekurang-kurangnya 5 hingga 10 minit supaya anda boleh bekerja dengan permukaan yang bersih dan kering. Jika anda berada dalam keadaan tergesa-gesa, sapu pelembap yang berlebihan dari kulit anda itu, dan teruskan rutin anda.

  1. Anda belum menggunakan Primer yang sesuai dengan anda

 benefit

Jika kulit anda mempunyai liang roma yang besar, minyak berlebihan, atau kulit yang kusam, Gerstein mengesyorkan anda untuk menggunakan  Benefit POREfessional Face Primer untuk menutup liang roma itu dan melicinkan muka anda daripada masalah-masalah lain.

Jika kulit anda kering, cari primer yag memberikan efek bercahaya, seperti BECCA Backlight Priming Filter.

Tetapi jika kulit anda sangat-sangat berminyak, cari primer yang sudah mempunyai bahan-bahan penjaan kulit di dalamnya, seperti Jouer Anti-Aging Moisture Primer.

  1. Anda tidak menggunakan peralatan yang betul

 elf-brush

Terdapat beratus-ratus berus untuk foundation di luar sana, tetapi berus manakah yang terbaik? Menurut Gerstein, berus yang terbaik adalah jenis bintikan sintetik duo-serat – kerana ia akan membantu anda dalam mencapai gol foundation yang kekal lama, seperti e.lf. Stipple Brush.

“Celup hujung berus itu ke dalam foundation, dan titikannya pada kulit anda,” kata beliau. Anda juga bioleh menggunakan span, yang akan memberikan kesan yang lebih ringan berbanding berus.

Beutyblenders membantu untuk membuatkan makeup anda menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit dan akan membuatkan makeup anda kekal lebih lama.

  1. Anda tidak menggunakan produk untuk mengekalkan makeup anda

 pixi

“Daripada melakukan teknik ‘baking’, saya rasa ianya lebih baik untuk menggunakan sedikit loose powder untuk mengekalkan semua makeup anda itu – Shiseido Translucent Loose Powder mampu untuk memberikan kesan itu,” kata Gerstein.

Selain itu, menggunakan mist juga mampu memberikan kesan seperti itu. Cuma elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi minyak yang banyak; yang akan merosakkan foundation anda. Cuba Tatcha Luminous Dewy Skin Mist atau Pixi Makeup Fixing Mist, jika anda mahu menggunakan mist untuk proses ini.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/beauty/foundation-mistakes

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker