Gaya HidupKecantikanSukan

Tips Penjagaan Diri Setelah Pulang Dari Bersenam Untuk Lelaki

Gimnasium adalah sumber tenaga kepada badan anda. Setengah jam sahaja anda di sana, badan anda akan menghasilkan peluh yang sangat banyak dan membuatkan kulit anda keliru dengan berapa banyak minyak ia telah hasilkan. Selain itu, juga membuat rambut anda menjadi serabut dan tidak terurus.

Berikut adalah antara tips-tips penjagaan diri sesudah anda bersenam.

Bebas Dari Peluh

Sesi bersenam anda itu sememangnya akan membuat badan anda menjadi aktif dan penuh dengan adrenalin, dan kemudian menghasilkan peluh yang sangat banyak. Tetapi jika suhu teras badan anda tidak dapat diturunkan dengan segera, badan anda akan terus berpeluh walaupun anda telah lama berehat.

Untuk menyejukkan badan anda, minum air ais dan gunakan pengering rambut dalam suhu yang sejuk pada badan anda; apabila peluh anda berkurang, panas badan anda juga akan berkurangan.

Kemudian, pergi mandi dan gunakan sabun atau gel mandian yang mempunyai efek dingin yang paling tinggi sekali. “Ini akan membantu untuk merangsang saliran limfa dan mengurangkan suhu badan anda,” Steven O’Neill, pengasas bersama bagi The Grooming Clinic bagi barang dandanan lelaki.

Relaksasi Menthol

Peluh yang badan anda hasilkan itu memerlukan gel mandian yang sangat berat untuk membantu anda. Selain dari menghilangkan kotoran dari badan anda, ia juga mampu untuk mengekalkan kelembapan pada kulit anda.

“Gunakan Joe Coffee Mint Body Wash  kerana ia mempunyai efek yang sangat menyegarkan dan juga akan meninggalkan ketiak anda rasa segar dan bebas daripada berbau” kata O’Neill.

“Ia amat kuat, sehinggakan ia mampu membuang bau bawang dan bawang putih di jari anda tanpa menyingkirkan kelembapan semula jadi yang anda ada.” Menthol yang ada dalam pudina itu akan mengaktifkan saraf sejuk yang sensitif untuk memberikan kesan sejuk yang segera.

Penjagaan Rambut Anda

Elakkan produk yang akan meningkatkan pengaliran darah di kulit kepala anda – Seperti syampoo anti-kelemumur atau anti-botak. Malah, lebih baik lagi, elakkan daripada mengguna syampoo yang berbuih.

“Walaupun mereka bagus dalam menyingkirkan bau dan kotoran, ia juga akan menyingkirkan minyak semula jadi yang membuatkan rambut anda kekal lembap,” kata O’Neill.

Gunakan produk yang berkrim kerana ia akan menghidrat rambut anda dan akan memudahkan anda untuk menggayakannya. “Sachajuan Hair Cleansing Cream dapat memberikan anda keputusan yang anda inginkan – rambut yang lebih tebal dan tidak memerlukan produk yang banyak.

Tanah Liat Untuk Menggayakan Rambut Anda

Tidak kira betapa sejuk sekali pun mandian anda sebentar tadi, selepas sesi senaman yang sengit, suhu badan anda akan masih meningkat daripada biasa. Jadi jangan guna produk penggaya rambut yang akan cair dan menitik ke muka anda.

“Pilih produk yang berasaskan tanah liat berbanding gel,” kata O’Neill. “Tanah liat memberikan pegangan yang kuat dengan penggunaan produk yang minimum, oleh itu akan membenarkan kulit kepala anda untuk bernafas.”

Jika anda kesuntukkan masa untuk mengeringkan rambut anda, gunakan men-ü’s Liquifflex – ia akan betukar menjadi cecair apabila ia menyentuh tangan anda tetapi memberi efek seperti tanah liat di rambut anda.

Gunakan Pelembap Bebas Minyak Untuk Kulit Anda

“Pelembap bebas minyak membolehkan kulit bernafas dan mengurangkan risiko berpeluh,” kata O’Neill. Begitu juga dengan losyen badan – ia akan membantu mengekalkan kelembapan pada badan anda.

“Elakkan daripada menggunakan losyen badan yang tebal dan berat selepas bersenam kerana ia akan cair selepas itu,” tambah O’Neill.

“Pilih gel badan yang ringan kerana mereka akan menyerap ke dalam kulit anda dengan cepat dan masih membolehkan kulit  anda untuk bernafas.”

Jika anda masih berasa terlalu lembap, cuba Hand Chemistry’s Body Mist, yang penuh dengan asid hyaluronik untuk menghapuskan keadaan itu.

Sumber: http://www.fashionbeans.com/2016/the-post-gym-grooming-essentials/

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker