Gaya HidupKecantikanMakan & Minum

KFC Melancarkan Pengilat Kuku (Kuteks) “Finger Linckin’ Good” – Dan, Ya, Ia Boleh Dimakan!

Susah untuk percaya bukan? Walaupun ‘April Fool’ sudah lama berlalu, ini bukan satu lawak jenaka! KFC baru sahaja mengumumkan bahawa syarikat mereka telah menghasilkan dua pengilat kuku yang boleh dimakan dan ia membawa slogan klasik KFC, iaitu “Finger Lickin’ Good”!

Ogilvy dan Mather (Salah satu syarikat-syarikat komunikasi pemasaran terbesar di dunia) telah bekerja dengan ahli teknologi makanan di McCormik, syarikat rempah yang selama ini merupakan penyedia kepada campuran rahsia KFC yang mempunyai 11 herba dan rempah yang berbeza itu – untuk menyediakan pengilat kuku bagi KFC Hong Kong. Perisa kepada pengilat kuku itu dihasilkan daripda bahan-bahan semulajadi dan berdasarkan dua resepi kegemaran pelanggan; Original dan Hot & Spicy.

Jadi, ya, pengilat kuku itu rasa seperti ayam yang bersalut tepung dan rempah-rempah yang anda beli di KFC.

Menurut mereka, untuk menggunakan pengilat kuku ini, pengguna hanya perlu memakainya seperti pengilat kuku biasa di luar sana, dan kemudian jilat kuku anda setelah ia kering untuk mendapatkan rasa ayam tersebut.

kfc-nail-polish-4

“Resepi bagi pengilat kuku kami yang boleh dimakan ini adalah unik dan direka khusus untuk mengekalkan perisanya, tetapi masih berkonsistensi kering dan berkilat seperti pengilat kuku biasa,” kata John Koay, Pengarah Kreatif Ogilvy. “Kempen ini direka untuk menjadi menarik dan menyeronokkan untuk meningkatkan keseronokan di seluruh jenama KFC di Hong Kong,” tambahnya lagi.

KFC sememangnya telah melancarkan produk ini dan ia bukan sekadar khabar angin atau penipuan. Walau bagaimanapun, mereka masih belum membuat keputusan untuk memasarkan produk ini secara besar-besaran; sekurang-kurangnya belum lagi. Pengilat kuku itu dijual di dalam botol dan kotak yang berjenama dan telah pun menjadi viral di media sosial sejak beberapa minggu lalu.

kfc-nail-polish-2

Mereka juga telah mengeluarkan satu video muzik untuk mengiklankan produk mereka kepada penduduk Hong Kong terutamanya. Klik link di bawah dan lihat video itu sendiri jika anda tidak percaya!

 

 

Sumber: http://www.adweek.com/adfreak/kfc-just-made-edible-finger-lickin-good-nail-polish-yeah-tastes-chicken-171245 , https://www.youtube.com/watch?v=eZMtaHjTDS4&feature=youtu.be

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker