Gaya HidupKecantikan

5 Produk Kecantikan Wanita Yang Semua Lelaki Perlu Cuba

Sama ada anda sedar atau tidak, industri kosmetik lelaki telah pun berkembang dengan pesat sejak satu dekad yang lalu. Kini kita telah sampai ke era di mana produk kecantikan yang pada asalnya “hanya” untuk wanita, juga sesuai untuk penggunaan para lelaki.

Isu ini dibangkitkan apabila ramai yang mempersoalkan mengapa lelaki perlu malu untuk mempunyai keinginan untuk kelihatan lebih kemas dan baik.

Berikut adalah 5 produk kecantikkan wanita yang semua lelaki patut cuba untuk penjagaan diri mereka:

Penjagaan Kulit

Lush Ocean Salt

Jika anda pada kebiasaannya hanya mencuci muka dengan air selama ini, sudah tiba masanya anda tukar tabiat itu dengan merawat kulit anda dengan lebih baik sebagai rutin pagi yang lebih memberansangkan.

Jika tidak, ia boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering, berjerawat ataupun berminyak, tidak lupa juga akan membuatkan bulu di muka anda rasa kasar dan tajam.

Produk yang mengandungi bahan semula jadi seperti garam yang mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati, manakala kandungan limau didalamnya juga akan mengimbangi minyak berlebihan dan meninggalkan kulit anda kekal cerah.

Selain itu, ia juga mengandugi mentega minyak kelapa dan alpukat untuk memastikan kulit anda tidak mengalami iritasi atau kering oleh garam itu.

 Berita lebih baik untuk anda adalah produk ini tidak perlu digunakan setiap hari! Anda juga boleh menggunakannya pada seluruh badan anda untuk kulit yang kekal licin.

Sanctuary Therapists Secret Facial Oil

Terima kasih kepada minyak ini yang mengandungi Rose Hip, ia mampu membuat kulit anda kelihatan muda. Ini kerana bahan yang digunakan itu adalah antara bahan yang terdapat dalam pelindung cahaya matahari dan losyen after-sun untuk membaiki kerosakan yang disebabkan matahari dan menghidrat kembali kulit anda.

“Sapunya pada kulit anda sebelum tidur dan biarkannya sepanjang malam,” kata make-up artis Megan Hurrell.

“Anda akan bangun dengan kulit yang sangat lembut.” Ia merupakan satu rawatan yang sangat intensif, dan bukannya setiap hari, jadi hanya gunakannya pada malam Ahad.

Produk Untuk Melegakan Otot Anda

Lush 93,000 Miles Shower Jelly

Walaupun jeli mandian ini tidak berkonsepkan jeli yang sebenar, ia dipenuhi dengan rumpai laut yang akan membuatkan kulit anda menjadi sangat lembut.

Ditambah dengan minyak pudina dan minyak kayu manis, ia bukan sahaja dapat melegakan otot anda, malah juga mampu memberikan kesan wangian yang sangat menenangkan.

Anda juga boleh menggunakan produk ini selepas bersenam untuk menghilangkan bau-bau yang tidak diinginkan sebelum ke pejabat.

Produk Anti-Penuaan

Eau Thermale Avène Eye Contour Cream

Kulit di sekitar mata anda adalah antara kulit yang paling nipis, jadi ia senang retak dan meninggalkan anda dengan kedutan yang sangat jelas.

Untuk mencegah situasi ini, penggunaan krim boleh membantu situasi di bawah mata anda – dan juga akan melawan saluran darah daripada pecah dan bengkak pada kulit sekitar mata anda.

Krim kontur mata Eau Thermale Avène’s adalah penawar terbaik untuk iritasi yang anda rasa pada kulit anda.

“Ia satu-satunya krim mata yang ahli farmasi saya gunakan kerana ia sangat natural dan lembut,” kata Jonathan Randall Grant, Pengawal Kebudayaan. “Selain itu, ia datang dalam tiub yang kecil, jadi ia sangat sesuai untuk pengembaraan.”

Pembantu Ekstra Anda

NARS Radiant Creamy Concealer

“NARS Radiant Creamy Concealer mempunyai konsistensi yang tidak terlalu berat pada kulit tetapi masih mampu menutup lingkaran hitam di bawah mata anda dengan sangat baik,” kata Hurrell.

“Ia datang dalam pelbagai warna, senang untuk digabung dengan produk lain, menutup cacat-cela di muka anda dan mencerahkan bawah mata anda dengan sempurna.”

Apa yang penting adalah untuk memadankan warna produk ini dengan warna kulit anda dan menggunakannya dengan berhati-hati, untuk memastikan anda tidak kelihatan seperti “Drag Queen”.

Kesimpulannya, anda tidak sepatutnya malu dan terpengaruh kepada stereotaip bahawa produk kecantikan adalah hanya untuk perempuan sahaja – kerana anda tidak mahu kehiangan peluang yang anda sepatutnya dapat sekiranya anda menggunakan produk-produk kecantikan yang ada di pasaran.

Sumber: http://www.fashionbeans.com/2016/womens-beauty-products-men-should-use/

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker