AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Pilihan Raya Amerika Syarikat: 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Selain negara Vietnam, Filipina dan Malaysia, Amerika Syarikat juga bakal menjalankan pilihan raya nya pada tahun ini. Pasti ramai lagi di luar sana yang masih tidak mengetahui bagaimana pilihan raya dijalankan di sana. Tetapi, bagi yang mungkin sudah mengetahui serba sedikit tentangnya, sudah pasti anda tertanya-tanya satu soalan ini:

“Kenapa pilihanraya mereka mengambil masa yang terlalu lama?”

Untuk pengetahuan anda, bertanding untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat tidak sama seperti kebanyakan negara di dunia yang hanya mengambil masa beberapa bulan untuk berkempen sebelum pilihan raya.

Berikut adalah 7 perkara yang anda harus tahu tentang pilihan raya Amerika Syarikat.

1. MENGAPA MEMERLUKAN JANGKA MASA YANG PANJANG?

Dua parti utama di Amerika iaitu Parti Demokrat dan Parti Republikan akan memilih calon melalui satu pertandingan parti yang ditaja oleh parti masing-masing di setiap negeri dan wilayah Amerika Syarikat.

Mengikut tradisi, proses itu akan bermula di Iowa dan New Hampshire dan seterusnya diikuti dengan negeri-negeri lain dan ia telah pun bermula dari bulan Februari dan akan berakhir pada bulan Julai (5 bulan). Walau bagaimanapun, proses perancangan kempen telah dimulakan setahun lebih awal oleh calon-calon yang bertanding.

Setelah setiap parti memilih calon masing-masing, mereka akan meluangkan waktu selebihnya untuk berkempen secara tungkus-lumus sehingga tiba waktu pilihanraya umum pada 8 November yang akan datang.

2. MENGAPA MEREKA HARUS BERBELANJA BESAR?

Pertama sekali, Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang besar dan luas. Tetapi, sebab utama mengapa mereka harus mempunyai modal yang besar adalah kerana jangka masa yang diperlukan terlalu panjang.

Di sana tiada had masa untuk berkempen. Sebagai contoh, Ted Cruz, calon parti Republikan, telah mula berkempen sejak bulan Mac 2015 lagi, kira-kira 20 bulan sebelum pilihan raya yang akan berlangsung pada 8 November tahun ini.

Tidak seperti yang telah ditetapkan di negara-negara lain, seseorang calon itu boleh berbelanja sebanyak mana sekali pun wang tanpa sebarang had. Percaya atau tidak, kos kempen untuk menjadi Presiden boleh mencecah sehingga AS $1 bilion (RM 4,020,450,000), dan itu tidak lagi termasuk kos yang dibelanjakan untuk perkara lain.

3. “SUPER-TUESDAY”

Sebanyak 13 negeri dan wilayah akan mengadakan “primary dan “caucus pada hari Selasa pertama dalam bulan Mac, dan ini dikenali sebagai “Super Tuesday”. 

4. APAKAH MAKSUD ‘PRIMARY’ DAN ‘CAUCUS’?

Parti mempunyai dua cara untuk mengumpul undian dari ahli mereka semasa memilih calon presiden, iaitu melalui “primary” dan “caucus”.

Primary: Ahli parti akan mengundi calon terbaik yang akan mewakili mereka di pilihan raya.

Caucus: Ahli parti akan memilih calon terbaik melalui beberapa siri perbincangan dan undian.

5. PESAING CALON REPUBLIKAN TERATAS

DONALD TRUMPWalaupun telah melanggar pelbagai peraturan berkempen, jutawan hartanah ini kini berada di hadapan berbanding calon-calon lain. Antara kesalahan yang telah dilakukannya adalah mengkritik tahanan perang, orang Mexico, Islam dan juga wanita. Dalam pada itu, hanya segelintir pakar sahaja yang meramalkan kejayaan Trump.

TED CRUZ: Senator Texas yang dianggap garang dan konservatif ini telah melakar namanya sendiri sebagai orang luar Kongres. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah merancang untuk ‘menutup’ kerajaan sepenuhnya pada tahun 2013.

MARCO RUBIO: Senator Florida ini telah meraih kuasa melalui kebangkitan anti-penubuhan “Tea Party” di sisi partinya sendiri pada tahun 2010, tetapi telah menunjukkan keupayaan untuk bekerjasama dengan Parti Demokrat.

6. PESAING CALON DEMOKRAT TERATAS

HILARY CLINTON: Isteri kepada bekas presiden, Bill Clinton ini telah merancang kempen pilihan rayanya sejak kekalahan beliau pada tahun 2008 lagi. Beliau juga dilihat sebagai ‘kesinambungan’ kepada Barack Obama dan juga orang yang dipercayai dalam kalangan Demokrat.

BERNIE SANDERS: Senator Vermont ini mewakili kebanyakan sayap yang paling liberal dalam politik arus perdana Amerika Syarikat, tetapi sesetengah Demokrat melihatnya sebagai seorang yang tidak mampu menang dalam pilihan raya umum.

7. BILA KITA AKAN MENGETAHUI SIAPA YANG AKAN MENJADI CALON?

Pada kebiasannya, orang ramai akan mula mengetahui nama-nama calon menjelang akhir musim bunga, tetapi mereka belum lagi dipilih secara rasmi sehinggalah tibanya konvensyen parti kebangsaan pada musim panas.

8. ADAKAH CALON YANG MERAIH UNDI TERBANYAK AKAN MENANG?

Daripada memilih seorang presiden berdasarkan berapa banyak undian yang mereka terima, Founding Fathers (Pengasas Amerika Syarikat) telah menubuhkan satu ‘Kolej Pilihan Raya’ (Electoral College) yang sehingga kini digunakan dalam pilihan raya negara itu.

Setiap negeri akan mendapat jumlah pemilih dengan kadar yang sama dengan ahli Kongres dan Senator, oleh itu lebih besar sesebuah negeri itu, lebih banyak pemilih ia miliki.

Daripada semua negeri, hanya Maine dan Nebraska sahaja yang mengamalkan ‘sistem pemenang akan ambil semua’ (winner-takes-all-system) yang juga dikenali sebagai sistem majoriti.

Akhir sekali, mana-mana calon yang meraih 270 undian atau lebih di Electoral College maka dia akan menjadi pemenang sekali gus memegang jawatan sebagai presiden.

Sumber: http://edition.cnn.com/2016/01/31/politics/us-election-2016-explained/

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker