Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Ini Yang Akan Belaku Kepada Badan Anda Sekiranya Anda Bersarapan Sejam Selepas Bangun Dari Tidur

Mungkin bagi sesetengah orang, untuk bersarapan sejam selapas mereka bangun dari tidur adalah perkara yang normal.

Tetapi ada juga di antara mereka yang akan meninggalkan sarapan pagi mereka sepenuhnya.

Jika anda mampu makan sarapan pagi satu jam selapas anda bangun, hidup anda akan menjadi lebih produktif dan bahagia!

Berikut adalah antara manfaatnya:

  1. Tahap gula dan insulin dalam darah anda akan menjadi lebih terkawal dan ini dapat memulakan metabolisme anda dengan lebih lancar.

 459312772

Sekiranya anda mahu menurunkan atau mengekalkan berat badan anda, ini adalah antara cara yang terbaik untuk menjayakan misi itu.

Ini kerana, apabila tahap gula dan insulin dalam darah anda terkawal, badan anda akan dapat membekalkan tenaga yang secukupnya untuk anda sepanjang hari.

Apabila anda tidur metabolisme anda secara semulajadinya akan menjadi lebih perlahan. Dengan memakan sarapan sejam selepas anda bangun, ia akan membuatkan metabolisme anda mula melompat dengan memulakan thermogenesis (proses metabolik mencerna dan mengangkut makanan).

Untuk memastikan metabolisme anda berjalan pada kapasiti yang penuh anda perlu makan dengan kerap, bermula dengan makan sarapan dalam jam pertama selepas bangun.

  1. Jika anda meninggalkan sarapan, anda akan lebih cenderung untuk makan makanan yang rendah nutrien dan tinggi dalam kalori untuk melawan kelaparan itu.

menu-sarapan-pagi-890x395_c

Kemungkinan besar semasa makan tengah hari, anda akan memilih makanan yang berkalori tinggi dan makanan yang rendah nutrien.

Manfaat untuk makan sarapan dalam masa satu jam selepas anda bangun ialah ia akan membantu anda makan dengan bijak sepanjang hari anda dan mengurangkan rasa lapar yang seterusnya mampu melawan keinginan anda untuk makan berlebihan.

  1. Kajian mendapati bahawa ia akan menaikkan mood dan keupayaan kognitif anda sepanjang hari

 res-muanyag-nyilaszaro-ablak2

Beberapa kajian mendapati bahawa dengan memberikan “makanan” kepada otak anda pada awal pagi boleh meningkatkan mood anda dengan segera, dan seterusnya mampu membantu dalam memberikan anda peluang untuk fokus dengan lebih baik, mempunyai memori dan keupayaan kognitif yang lebih kuat.

Oleh itu, cuba untuk jangan meninggalkan sarapan anda dengan lebih kerapa, walaupun ia pada awalnya agak sukar untuk anda.

Jangan risau, kerana apabila anda membuat pilihan untuk makan sarapan sejam selepas bangun dari tidur, otak anda telah pun menjadi cergas dan mampu memberikan anda mengharungi hari anda dengan bertenaga dan jayanya.

Sumber: http://www.lifehack.org/400525/this-is-what-will-happen-when-you-eat-breakfast-after-an-hour-of-waking

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker