Gaya HidupKesihatan

Kesihatan Mental: Kestabilan Kerja dan Kehidupan:

“Jangan kelirukan kerjaya dengan kehidupan anda” – Hilary Rodham Clinton. Untuk sesetengah orang, kerjaya mereka adalah satu keutamaan. Mereka terlampau sibuk sehinggakan mereka melupakan hidup mereka sendiri.

Keseimbangan kerja dan kehidupan adalah satu konsep yang merangkumi keutamaan antara “kerja” dan “gaya hidup” (contohnya kesihatan, masa lapang, dan keluarga).

Keseimbangan kerja dan kehidupan yang optimum akan berbeza-beza dari masa ke masa dan akan berbeza dari satu individu kepada individu yang lain.

Mitos & Fakta 

Mitos 1:     Keseimbangan kehidupan dan kerja bermakna meluangkan 50% masa anda di tempat kerja dan 50% lagi di rumah anda

Realiti 1:   Keseimbangan ini hanya berlaku kepada individu yang mempunyai jumlah sumber mental, fizikal dan emosi yang terhad dan mampu memperuntukkan sumber-sumber ini dengan cara yang sepadan dengan gaya hidup peribadi dan profesional mereka.

 

Mitos 2: Wanita memerlukan keseimbangan ini lebih banyak berbanding lelaki.

Realiti 2: Banyak kajian telah mendapati bahawa tiada perbezaan jantina dalam       mengalami konflik dalam kehidupan dan kerja. Kedua-dua lelaki dan wanita akan terasa efek kedua-dua isu kerja dan juga bukan kerja.

 

Mitos 3: Keseimbangan ini adalah sinonim dengan keseimbangan kerja dan keluarga atau sokongan keluarga

Realiti 3:   Menyamakan kedua perkara itu sinonim dengan menganggap hanya mereka yang mempunyai keluarga sahaja yang boleh rasa begini. Ini akan membawa kesan negatif kepada pekerja yang masih bujang dan tidak mempunyai anak-anak. Terdapat salah faham bahawa orang cenderung untuk berfikir bahawa mereka yang mempunyai keluarga sahaja berhak lebih banyak masa berbanding mereka yang masih bujang

Tanda-tanda anda mengalami ketidakseimbangan dalam kerja dan kehidupan

Bagaimana anda tahu jika anda mengalami ketidakseimbangan dalam hal ini? Jika ini berlaku, ia boleh menjejaskan bukan sahaja kepada kesihatan mental anda, tetapi juga ke atas kesihatan fizikal anda. Ia bergantung kepada kemahiran seseorang itu dalam menghadapi masalah ini.

Berikut adalah contoh-contoh gejala:

  • Fizikal: Sakit kepala, keletihan, gangguan tidur, denyutan jantung bertambah laju, perubahan selera makan, ketegangan otot.
  • Emosi: Mood yang renda, kebimbangan, cepat marah, emosi bergolak, sukar membuat keputusan, hilang fokus, perasaan tidak berdaya / putus asa, kehilangan minat
  • Peribadi: Kurang bersosial, stress, konflik dalam hubungan, penyalahgunaan alkohol, kurang motivasi

Mengenalpasti masalah

Jika anda mengalami gejala ketidakseimbangan ini, tanya diri anda apakah halangan yang menghalang anda daripada mencapai keseimbangan tersebut.

Kebanyakan halangan yang biasa terjadi adalah:

  1. Masa
  2. Merasa bersalah
  3. Matlamat kerjaya
  4. Kegagalan untuk menetapkan had
  5. Tidak berupaya untuk mengatakan tidak

Strategi untuk meningkatkan keseimbangan

  1. Memahami bahawa anda tidak boleh mengawal semua perkara
  2. Mengambil tindakan untuk mengurangkan atau menghilangkan tekanan
  3. Kongsi masalah anda dengan orang lain
  4. Kenal pasti punca tekanan anda
  5. Menggantikan hubungan negatif dengan orang yang positif
  6. Membangunkan aktiviti-aktiviti masa lapang – hobi, aktiviti sosial bersama rakan-rakan.
  7. Dapatkan nasihat daripada orang lain
  8. Belajar untuk mengatakan tidak
  9. Tinggalkan kerja-kerja di tempat kerja
  10. Meningkatkan sistem sokongan anda

 

 

Sumber: mmgazette.com

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close