Gaya HidupKesihatan

Bersenam Mampu Mengurangkan Risiko Kanser Anda?

Membawa diri anda sendiri ke gym dan bersenam adalah perkara yang paling rumit sekali.  Untuk menambahkan semangat anda kami ada satu berita baik – apabila anda berpeluh semasa bersenam, ia mampu mengurangkan risiko untuk anda mendapat kanser.

Baru-baru ini satu kajian secara besar-besaran yang diterbitkan oleh JAMA Internal Medicine, telah mendapati bahawa orang yang kerap bersenam mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat 13 jenis kanser yang berbeza berbanding mereka yang kurang aktif secara fizikal. Untuk kajian ini, mereka telah menganalisis data daripada 1.4 juta orang dalam tempoh 11 tahun.

Berikut adalah pecahan terhadap jenis kanser yang anda mampu elak dengan bersenam dengan lebih kerap:

  • Merendah risiko kanser esophageal sebanyak 42%
  • Merendah risiko kanser hati sebanyak 27%
  • Merendah risiko kanser paru-paru sebanyak 26%
  • Merendah risiko kanser cardia gastrik sebanyak 22%
  • Merendah risiko kanser buah pinggang sebanyak 23%
  • Merendah risiko kanser endometrium sebanyak 21%
  • Merendah risiko kanser leukemia mieloid sebanyak 20%
  • Merendah risiko kanser kolon sebanyak 16%
  • Merendah risiko kanser myeloma sebanyak 17%
  • Merendah risiko kanser kepala dan leher sebanyak 15%
  • Merendah risiko kanser rektum sebanyak 13%
  • Merendah risiko kanser payudara sebanyak 10%
  • Merendah risiko kanser pundi kencing sebanyak 13%

Secara keseluruhannya, penyelidik mendapati bahawa orang-orang yang aktif secara fizikal mempunyai risiko 7 peratus lebih rendah untuk mendapat apa-apa jenis kanser, juga.

Walau bagaimanapun, berita buruknya adalah: Aktiviti fizikal yang kerap berkait dengan risiko 27 peratus lebih tinggi untuk mendapat melanoma malignan. Oleh itu, jangan lupa untuk gunakan losyen pelindung matahari apabila anda mahu bersenam!

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker