Sukan

Bolasepak Eropah: Carta gol sedunia kena pecah!

Musim bolasepak Eropah semakin mendekati kemuncaknya dan kami telah melihat beberapa individu mencuri tumpuan dengan bilangan gol yang banyak dan berkualiti.

Memang benar kempen-kempen sebelum ini menyaksikan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi mencatat keputusan yang lebih hebat namun 4 pemain ini harus diberi kepujian tersendiri!

Gonzalo Higuain (Napoli) – 36 gol dalam Serie A

Biarpun Napoli terpaksa akur dengan kedudukan naib juara Liga Itali, mereka boleh meraikan satu lagi kempen yang amat menakjubkan apatah lagi melayakkan diri dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Bagi Higuain pula, penyerang kelahiran Argentina itu menikmati musim terbaik dalam kariernya setelah meledakkan 40 gol dalam 38 perlawanan secara keseluruhan.

Dikhabarkan, Higuan akan berhijrah bermula musim depan dan ia pasti merencatkan cabaran Napoli namun apa yang pasti, ‘El Pipita’ akan membawa nama negaranya dengan penuh semangat pada saingan Copa America 2016, Jun ini.

Luis Suarez (Barcelona) – 40 gol dalam La Liga

Tatkala Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo mengalami kecederaan masing-masing, Luis Suarez membuktikan Liga Sepanyol masih mempunyai sinar tersendiri. Suarez mempamerkan aksi konsisten untuk menamatkan dominasi Messi dan Ronaldo sepanjang enam tahun lalu.

Lebih lagi, bukan sahaja menyumbat 62 gol dalam 56 perlawanan bersama Barcelona, Suarez turut mencatat 16 bantuan ‘assist’, sama seperti Lionel Messi di tangga pertama. Namun sayang, dia hanya mampu mengutip pingat La Liga sahaja.

Ramai akan mempertikaikan sikap profesinal pemain Uruguay itu yang mempunyai sejarah hitam di atas padang tetapi Suarez membuktikan dia layak dipertimbangkan untuk memenangi anugerah Ballon d’Or tahun ini.

Robert Lewandowski (Bayern Munich) – 30 gol dalam Bundesliga

Penyerang Poland ini sudah lama mendominasi carta Liga Jerman namun apakah kami akan melihat persembahan pemain gantian paling hebat di dunia bolasepak sekali lagi? Ketika Bayern ketinggalan 1-0 menentang Wolfsburg, Lewandowski merobek gawang sebanyak 5 kali sebagai pemain gantian!

Saingan Euro 2016 yang akan datang pasti menjadi tumpuan utama buat Lewandowski dan walaupun hanya berusia 27 tahun, ‘Lewa’ tampak sebagai legenda dalam pembikinan.

Zlatan Ibrahimovic (PSG) – 38 gol dalam Ligue 1

Siapa tidak kenal dengan Zlatan dalam arena bolasepak? Penyerang dari Sweden itu memenangi anugerah penjaring terbanyak Liga Perancis sejak ketibaannya pada tahun 2012.

Ibrahimovic kini memegang rekod jumlah jaringan terbanyak dalam sejarah liga namun sayang ia juga merupakan perlawanannya yang terakhir di Perancis. Setelah menyatakan hasratnya untuk berhijrah, apakah nasib Ibrahimovic dalam masa akan datang?

Tags
Show More

Related Articles

Check Also

Close
Back to top button