Antarabangsa

Katak Berzakar Besar Ditemui?

Gambar seekor katak unik telah viralkan di dunia maya oleh seorang lelaki di Australia. Foto menunjukan seekor katak terlihat memiliki zakar berukuran besar.

Namun, para pakar dunia haiwan telah tampil memberi penjelasan tentang terjadinya fenomena ini. Mereka mengatakan, katak tidak memiliki zakar. Oleh itu kemungkinan besar organ yang terkeluar itu adalah sebuah kaki.

“Itu bukan zakar. Katak tak memiliki zakar. Namun, zakar memang berevolusi dari ‘kaki’ dalam perkembangan embrio oleh itu ianya mungkin adalah sebuah kaki tambahan,” kata Gerry Marantelli dari Pusat Penelitian Hewan Amfibi Australia kepada Buzzfeed News.

Organ pembiakan katak jantan terdiri daripada sepasang testis dengan organ tambahan seperti kloaka, sebuah rongga di hujung salur pencernaan.

Kerana katak tidak mempunyai zakar, sperma dikeluarkan dari kloaka langsung ke sel telur semasa katak betina mengeram telurnya.

Sumber: mirror.co.uk

Show More

Related Articles

Back to top button