HiburanWayang

9 filem Marvel akan datang

Filem Captain America: Civil War mendapat sambutan baik daripada para peminat Marvel Comics kerana ia dianggap amat berbeza dengan filem-filem sebelum ini.

Terutama sekali, pertembungan antara Team Captain America dan Team Iron Man menjadi tumpuan utama dalam filem ini.

Apatah lagi, ia menggandingkan beberapa wira baharu seperti Black Panther dan Spider-man manakala Ant-Man juga menyertai aksi tersebut.

Sukar untuk dipercayai bahawa filem pertama The Avengers dilancarkan hampir 5 tahun lepas manakala filem individu The Avengers iaitu Iron Man membuat tayangan perdana pada tahun 2008 lepas.

Namun, peminat setia boleh bersiap sedia untuk menonton sebanyak 9 lagi filem Marvel Comics yang akan datang.

Dr.Strange (4 November, 2016)

Dr. Stephen Vincent Strange bakal diperkenalkan dalam francais The Avengers buat kali pertama menerusi filem individunya.

Strange merupakan seorang pakar bedah otak yang terpaksa akur dengan kehidupannya apabila terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kedua-dua tangannya hilang fungsi.

Terdesak untuk mendapatkan bakatnya semula, Strange berkunjung ke Tibet untuk mempelajari ajaran daripada The Ancient One, seorang sifu berkuasa tinggi yang mengubah nasib Stange untuk selamanya.

Guardians of the Galaxy: Vol. 2 (5 Mei, 2017)

Filem Guardians of the Galaxy yang pertama menjadi fenomena dalam dunia Marvel dengan gaya gilem yang lebih santai dan sangat lawak. Pada tahun 2017, Peter Quill, Gamora, Drax, Groot dan Rocket akan kembali.

Plot filem tersebut belum dimuktamadkan namun pelakon veteran Kurt Russell akan memainkan watak bapa kepada Peter Quill yang lebih dikenali sebagai Star Lord.

Spider-Man: Homecoming (7 Julai, 2017)

Tom Holland membuat kejutan terbesar dalam dunia komik apabila Spider-Man membuat penampilan pertama dalam filem Captain America:Civil War.

Biarpun tampak lebih muda berbanding versi Spider-Man yang lepas, filem terbaru ini tidak akan menerangkan kisah asal-usul Peter Parker. Malah filem Spider-Man: Homecoming merupakan sambungan daripada filem Civil War.

Apa yang pasti, apa yang berlaku kepada Spider-Man akan mengadakan impak terhadap nasib The Avengers juga. Bukan sekadar melawan Green Goblin sahaja…

Thor: Ragnarok (3 November, 2017)

Chris Hemsworth akan kembali memainkan watah Thor dalam filem ketiganya, Thor:Ragnarok. Loki (Tom Hiddleston) turut kembali manakala pelakon veterean Cate Blanchett akan memainkan peranan amat besar sebagai antagonis baharu dalam filem tersebut.

Selain itu, nasib Bruce Banner iaitu The Hulk akan diketahui selepas raksasa hijau itu menghilangkan diri selepas filem The Avengers: Age of Ultron.

Ant-Man and The Wasp (6 Februari, 2018)

Ant-Man akan kembali dengan filem keduanya namun kali ini akan berganding bersama The Wasp. Seperti yang diterangkan dalam filem pertama, Hank Pym merupakan Ant-Man pertama dan diringi pasangannya The Wasp.

Nampaknya, sejarah akan berulang namun menerusi Scott Lang dan Hope Pym setelah kostum The Wasp diperkenalkan pada saat-saat akhir filem pertama.

The Avengers: Infinity War Part I (4 Mei, 2018) dan Part II (3 Mei, 2019)

Filem terakhir buat pasukan The Avengers akan dibahagikan kepada dua filem. Seperti tajuk yang ditentukan, ‘Infinity War’ mengisahkan pertembungan The Avengers bersama Thanos.

Thanos merupakan makhluk yang jauh berbeza dengan apa yang penah dihadapi The Avengers dan ia akan menguji kekentalan dunia menentang raksasa yang dibangunkan di planet yang lain.

Black Panther (6 Julai, 2018)

Apakah nasib Raja T’Challa di kediamannya Wakanda selepasa kemangkatan bapanya? Chadwick Boseman selaku pelakon utama akan kembali menyarung kostum gelap Black Panther dalam masa dua tahun lagi.

Manakala, dia turut diiringi beberapa pelakon terkenal seperti Andy Serkis, Lupita Nyongo dan kemungkinan besar beberapa wira daripada filem Civil War akan kembali juga.

Captain Marvel (8 Mac, 2019)

Disebabkan filem ini akan dilancarkan sebelum filem The Avengers yang kedua dan terakhir, peminat boleh terus mengharapkan Carol Danvers menyertai pasukan The Avengers sebelum penamat siri epik ini.

Carol Danvers merupakan alternatif kepada Superman daripada DC Comics tatkala mereka mempunyai kuasa yang serupa. Setakat ini, pengusaha filem masih dalam pencarian pelakon utama namun namma Katheryn Winnic disebut-sebutkan dan juga Emily Blunt.

Sumber: Business Insider

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker