Gaya HidupKesihatanTeknologi

Apabila Media Sosial Menjadi Hospital

Dengan era yang kian pesat dengan teknologi dan media sosial yang makin lama makin maju, kita boleh mencari kebanyakan maklumat yang kita perlukan di situ – terutamanya di “Dr. Google”. Dan hal-hal perubatan juga pasti tidak terkecuali.

Sering kali kita dapat lihat pelbagai status yang dimuat naik oleh petugas di hospital itu sendiri, pelajar perubatan, atau mungkin pesakit itu sendiri yang melibatkan maklumat peribadi pesakit itu sendiri di media sosial – sama ada ianya sengaja atau tidak.

Hal ini berlaku disebabkan kurangnya pengetahuan tentang isu undang-undang yang menyebabkan ramai yang tidak menyedari perbezaan di antara berkongsi pendapat perbadi mereka dengan melanggar undang-undang kerahsiaan antara doktor dan pesakit itu sendiri.

Kerahsiaan antara doktor dan pesakit ini adalah amat penting untuk seseorang pesakit – kerana dengan jaminan yang mereka ada itu, mereka tidak akan rasa malu, risau, atau takut untuk menjalankan apa-apa rawata perubatan.

Begitu juga dengan perihal perubatan. Jaminan itu adalah penting dalam membantu doktor tiba untuk diagnosis yang betul. Ini akhirnya akan membantu doktor menyediakan pesakit dengan rawatan perubatan yang sebaik mungkin.

Tambah-tambah lagi dengan insiden yang berlaku di mana seorang pertugas perubatan telah kehilangan kerjanya apabila beliau telah mencemarkan reputasinya sendiri dengan menyiarkan data pesakit itu di profil peribadi beliau di Facebook.

Walaupun nama pesakit sebenar itu tidak pernah disebut, maklumat yang disiarkan adalah cukup untuk mengenal pasti siapakah pesakit yang disebutkan. Doktor itu akhirnya ditegur dan didapati “bersalah kerana berkelakuan tidak profesional.”

Jadi, bagaimanakah kes-kes seperti ini akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar perubatan kita? Apa yang paling penting adalah kita harus sedar bahawa perbuatan menyiarkan maklumat pesakit, atau gambar pesakit atau gambar anda dengan pesakit itu sendiri (walaunpun niat anda sebenarnya baik) adalah tidak sepatutnya dilakukan.

Ini kerana niat itu boleh salah tafsir oleh orang lain dan mungkin akan menjadi isu undang-undang medikal.

Ramai di antara pelajar perubatan ini juga adalah mereka yang gemar menulis, penulis blog dan selebriti di media sosial. Kita kerap menggunakan Twitter, Facebook, Youtube dan Instagram untuk menyiarkan pendapat kita kepada khalayak ramai.

“Kata-kata adalah lebih tajam daripada pedang”, dan ini bersesuai dengan situasi ini kerana sekarang apa yang ditaip pada papan kekunci anda adalah yang paling berbahaya sekiranya disampaikan dengan cara yang tidak betul.

Oleh itu, sebelum anda baca, “like” atau “share”, fikirkan tentang kebaikan dan keburukkannya dahulu.

Walaupun anda tidak menulis nama pesakit atau  dikenal nombor pengenalan mereka, maklumat yang dizahirkan dengan baik itu sudah memadai untuk membantu orang luar untuk mengenal pasti siapakah yang sedang dimaksudkan itu – dan anda tidak tahu apa yang boleh dilakukan oleh orang-orang jahat di luar sana dengan maklumat tersebut. Oleh itu, bertanggungjawablah sebelum anda melakukakn sesuatu.

Sumber: Malaysian Medical Gazette

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button