Gaya HidupKesihatan

8 Cara Untuk Mengatasi Kembung Perut Ketika Datang Haid

Dianggarkan hampir 70 peratus wanita mengalami kembung perut ketika mereka period, kata Diana Bitner, M.D.. Ini berlaku disebabkan naik turun tahap estrogen dan penurunan secara mendadak dalam progesteron yang berlaku sebelum anda period.

Berikut adalah antara cara untuk mengurangkan kembung perut yang sedang anda alami itu:

  1. Makan makanan yang kaya dengan protein dan kalium

“Makanan tinggi kalium seperti pisang, tembikai, tomato, dan asparagus membantu menggalakkan keseimbangan yang cecair baik,” kata Isabel Smith, R.D., pakar diet selebriti dan pakar kecergasan di New York. “Begitu juga dengan lemak yang sihat seperti chia, kacang, dan salmon. Ini membantu merendahkan prostaglandin – sekumpulan hormon yang menyebabkan kembung perut dan penguncupan otot.

Protein seperti “Makanan yang bertindak sebagai diuretik semulajadi seperti saderi, timun, tembikai, jus lemon, bawang putih, dan halia juga akan membuat anda berasa lebih ringan di kaki anda, walaupun anda sedang period,” kata Sherry Ross, MD, seorang pakar obstetrik dan ginekologi, dan pakar kesihatan wanita di Pusat Kesihatan Providence Saint John di Santa Monica.

 

  1. Jauhkan diri anda daripada makanan yang boleh menyebabkan kembung perut

Brokoli dan tauge mengandungi gula kompleks yang dipanggil sebagai raffinose – yang menyebabkan perut anda kembung. Manusia kekurangan enzim untuk membantu mencernanya dengan betul, yang kemudian akan menyebabkan kepada gas dan kembung. “Makanan lain dalam kategori ini termasuk kacang, kubis, kubis bunga, dan salad,” kata Ross

  1. Teruskan rutin senaman anda

Pakar mengatakan bahawa dengan membuatkan kadar jantung anda meningkat, boleh mengurangkan Simptom PMS – termasuk kembung perut. “Orang yang hidup gaya hidupnya kurang aktif cenderung untuk mempunyai sistem pencernaan yang kurang berfungsi,” kata Ross. Berpeluh juga boleh membantu menjaga anda mengurangkan sembelit. Senaman ringan seperti berenang dan yoga adalah baik untuk anda.

  1. Kurangkan pengambilan kafein dan alkohol

Alkohol boleh meningkatkan gejala PMS seperti membuatkan payu dara anda lebih sensitif, perubahan mood, dan kembung perut,” kata Bitner. “Dan kopi boleh meningkatkan rangsangan kepada saluran pencernaan anda dan menyebabkan iritasi usus, juga boleh mendehidrasi anda.”

  1. Cuba ubat anti-keradang

Ibuprofen dan Naprosyn (terdapat dalam jenama seperti Aleve dan Midol) menghalang bahan kimia yang menyebabkan keradangan, dan seterusnya, perut kembung, kata Kelly Roy, M.D., seorang pakar obstetrik dan ginekologi di Phoenix. “Beberapa hari sebelum period anda, ambil 200 hingga 400 miligram setiap enam hingga lapan jam,” kata beliau.

  1. Berhenti minum minuman berkarbonat dan manis untuk sementara

    Minuman bergas mungkin boleh membuat anda berasa lebih baik buat sementara waktu, tetapi mereka akan meninggalkan anda berasa lebih kembung berbanding sebelum ini, kata Smith. Begitu juga dengan minuman bergula seperti Gatorade. “Jangan biarkan jenama yang menggunakan pemanis tiruan menipu anda, kata Smith. Sebaliknya, minumlah air biasa, sebanyak lapan gelas sehari. “Campurkan beberapa sayur, pudina, atau teh Adas untuk membantu menghapuskan keradangan itu,” kata Ross.

 

  1. Tidur secukupnya atau lebih

“Tidur sering akan terjejas disebabkan sakit yang dialami semasa haid, kembung perut, dan perasaan lain daripada pelbagai perkara,” kata Roy. Tetapi, pada waktu ini lah cecair yang berlebihan dalam perut anda boleh bergerak semula ke dalam badan dan dihapuskan secara menyeluruh semasa anda tidur. Jadi dapatkan lapan jam tidur setiap malam untuk perut yang lebih selesa.

  1. Pertimbangkan untuk mengambil pil perancang

Kontraseptif oral adalah bukan sahaja untuk kawalan kelahiran, ia juga bagus untuk mengurangkan senggugut dan menstabilkan hormon anda, kata Roy. “Malah, kajian perubatan telah menunjukkan bahawa ia boleh merendahkan kesan PMS lebih 50 peratus,” kata beliau.

.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/health/de-bloat-during-period/consider-the-pill

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker