AntarabangsaPolitik

‘Donald Trump Timur’ Menang Pemilihan Presiden Filipina

Semalam, 9 Mei 2016 rakyat Filipina telah mengundi untuk memilih Presiden dan beberapa jawatan tertinggi dalam negara tersebut. Petang ini keputusan rasmi siapa yang menjawat jawatan tertinggi di Filipina telah pun dikeluarkan dan pemenangnya ialah Rodrigo Duterte!

“Dengan rasa rendah diri, saya menerima mandat rakyat ini. Apa yang boleh saya janji kepada anda adalah saya akan lakukan yang terbaik ketika berjaga mahupun lena,” kata Duterte.

Filipina mengamalkan politik demokrasi berpresiden dan mereka mengundi untuk memilih Presiden negara mereka. Pemenang diisytihar berdasarkan calon yang memperoleh undi terbanyak.

Duterte, 71 tahun merupakan seorang Datuk Bandar lama dari selatan bandar Davao. Beliau berjaya menawan hati penduduk Filipina dengan sumpah untuk menyelesaikan isu kemiskinan dan jenayah secara kejam tetapi pantas.

Beliau turut menawarkan dirinya sebagai orang kuat yang tegas dan mampu menyelesaikan pelbagai masalah lain yang sekian lama berakar umbi dalam masyarakat.

Terdapat 5 calon yang bertanding untuk merebut kerusi Presiden. Tiga pililhan teratas yang bersaing ialah Rodrigo Duterte, Grace Poe dan Mar Roxas.

2016-03-17_14_21_32_press

Poe telah membuat pengumuman menerima kekalahannya dan menghormati sentimen rakyat serta keputusan pilihan raya itu menjelang tengah malam semalam manakala Mar Roxas yang merupakan pesaing kepada Duterte di tangga atas mengaku kalah kepada Datuk Bandar Davao itu setelah keputusan undian tidak rasmi telah mengatasinya sebanyak 6.1 juta undian.

Semasa kempen pilihanraya Filipina, Duterte terkenal sebagai seorang yang lantang bersuara dan penuh dengan kata-kata kesat.

Beliau sering mencetus kontroversi apabila bangga mendedahkan tentang hubungannya dengan wanita, berjenaka tanpa simpati tentang seorang wanita Australia yang terbunuh dan dirogol dalam rusuhan penjara pada 1989, malah pernah melabelkan pope dengan gelaran yang menghina.

Ramai yang marah dengan kenyataan-kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Duterte tetapi ramai juga yang menyokong Duterte.

Oleh sebab pembawaan gaya dan keceluparannya itu, Duterte mendapat gelaran ‘Trump Dari Timur’, sebagai perbandingan kepada personaliti calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang sering mengeluarkan pandangan melampau.

Rodrigo Duterte dilahirkan pada tahun 1945 dalam keluarga yang berkecimpung dalam dunia politik. Beliau telah berkahwin selama dua kali tetapi bercerai dan kini beliau mengaku mempunyai beberapa kekasih.

Pada tahun 1988, beliau menjadi Gabenor Davao dan mempunyai reputasi baik dalam membasmi jenayah, rasuah dan pengganas. Beliau bercadang untuk membunuh penjenayah tanpa perbicaraan di mahkamah.

Benigno Aquino, mantan Presiden Filipina sering mengingatkan rakyat negara itu agar berwaspada dengan risiko diperintah di bawah kuasa diktator dan sedaya-upaya memberi sokongan kepada Roxas yang dilihat sebagai calon yang layak untuk memimpin masa depan negara tersebut.

Pesaing lain juga berkata kepimpinan Duterto bakal mendatangkan malapetaka untuk Filipina. Walau bagaimanapun, pilihanraya telah memihak kepada Duterte dengan undian yang tinggi!

quotes

Dalam negara berdemokrasi, sememangnya pilihan adalah di tangan rakyat. Setiap undian diambil kira dan menjadi pemberat untuk para calon.

Selamat Maju Jaya Filipina!

Show More

Related Articles

Back to top button