Teknologi

Gear 360, Merakam Gambar dan Video Dalam Format 3D

Samsung telah mengumumkan produk terbaru mereka Samsung Gear 360, yang dikhabarkan akan di pasaran pada suku ke-3 2016 ini. Samsung Gear 360 (SG360) merupakan gadget kamera yang mempunyai fungsi untuk merakam gambar dan video di dalam format 3D.

Bersaiz sebesar tapak tangan, SG360 mampu merakam imej di 360˚. Output imej boleh dilihat menerusi komputer, telefon pintar dan juga gogel VR. Dengan binaan 2 lensa, SG360 boleh merakam video berresolusi tinggi (3840×1980) dan gambar sebesar 25.9 megapixel. Video boleh dirakam di dalam format 3D 360˚ dan sangat sesuai digunakan menggunakan Samsung Gear VR.

Beberapa model telefon pintar Samsung diperlukan untuk menggunakan fungsi SG360 sepenuhnya. Buat masa ini, hanya beberapa model sahaja yang boleh digunakan bersama SG360;Galaxy S7, S7 Edge, S6, S6 Edge, S6 Edge+ dan Note 5. Gear 360 dijangka berada di pasaran namun, tiada lagi laporan mengenai berapakah harga seunit.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close