Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Bagaimana Untuk Meningkatkan Kesihatan Anda Dengan Teh Hijau Matcha

 

Sekiranya anda seorang peminat teh hijau, tetapi anda masih belum mencuba teh hijau Matcha, anda sangat rugi!

Matcha adalah teh yang selalunya dijual dalam bentuk serbuk dan mempunyai konsistensi yang sangat pekat apabila dicampur dengan air panas.

Ia berasal daripada China pada abad ke-9, tetapi menjadi sangat popular di kalangan sami-sami di Jepun pada tahun 1300 dan telah memainkan peranan yang penting dalam upacara minum teh Jepun selama lebih daripada 900 tahun,  kerana ia dinilai sebagai sebahagian daripada amalan meditasi.

Terdapat perbezaan yang besar dalam cara teh ini dihasilkan, dituai dan juga dibancuh. Tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk membuat Matcha dipanggil tumbuhan Tencha, dan mereka ditanam di bawah tempat teduh, dituai dengan tangan, kemudian dikukus, disimpan dan dihancurkan menjadi serbuk bewarna hijau zamrud yang indah.

Ini berbeza dari kaedah tradisional teh hijau, di mana daunnya disebatikan dalam air dan kemudian dibuang sebelum minum. Dalam erti kata lain, apabila anda minum matcha, anda sebenarnya meminum daun terhancur!

Apakah Faedah Minum Matcha?

Salah satu sebab mengapa matcha menjadi begitu popular adalah ia menawarkan pelbagai faedah kepada kesihatan manusia yang minumnya secara teratur.

Pertama, ia menyediakan pelbagai nutrien, termasuk vitamin (A, B, C, E dan K), mineral surih yang penting, fitokimia aktif seperti catechins, klorofil dan asid amino seperti L-theanine.

Kedua, kebanyakan sebatian aktif ini mempunyai ciri-ciri antioksidan yang kuat. Disebabkan gabungan unik antioksidan ini, teh hijau telah dikaitkan dengan kesan positif kepada beberapa penyakit kronik yang serius, termasuk penyakit jantung dan kencing manis.

Dalam beberapa kajian klinikal, ia juga telah terbukti mempunyai sifat-sifat anti-kanser, terutamanya terhadap kanser payudara, tetapi juga terhadap kolon dan kanser pundi kencing.

Gabungan kafein dan catechin (yang juga sebatian antioksida) telah menjadikan ia popular di kalangan mereka yang ingin menggunakannya untuk membantu meningkatkan penurunan berat badan.

Kedua-dua bahan-bahan aktif ini dikenali untuk membantu meningkatkan metabolisme dan dalam beberapa kajian, teh hijau juga telah dikaitkan sebagai penghapus lemak yang lebih cepat, terutama lemak visceral yang boleh terbina di sekitar organ-organ seperti hati dan menyebabkan masalah kesihatan yang serius di kemudian hari.

Adakah Matcha Terdapat Sebarang Kelemahan?

Sebaik mana pun Matcha ini, ia juga terdapat beberapa kelemahan yang perlu anda ketahui sebelum anda meminumnya:

Matcha mempunyai rasa yang kuat (lebih kuat daripada teh hijau biasa) dan biasanya perlu dimaniskan.

Anda boleh menggunakan madu sebagai alternatif yang lebih semula jadi berbanding gula, tetapi ini masih akan menambah kalori pada minuman anda – yang membuatnya menjadi tidak sesuai jika anda mahu minumnya untuk membantu anda menurunkan berat badan.

Selain itu, ia juga boleh tercemar dengan plumbum (walaupun ia berkualiti tinggi): ini berlaku kerana semasa dalam proses penumbuhan, ia menarik plumbum itu secara semulajadi dari tanah.

Kebanyakan daripada plumbum itu kemudian akan menyerap ke dalam daun. Atas sebab ini, ia dipercayai boleh mengandungi sehingga 30 kali ganda lebih banyak plumbum daripada teh hijau biasa. Atas sebab ini, matcha hanya boleh dinikmati sekali sehari dan tidak diberikan kepada kanak-kanak.

Jadi, jika anda sememangnya seorang peminat teh hijau dan ingin mencuba the hijau Matcha pula sebagai langkah yang seterusnya, anda boleh membelinya di kedai-kedai makanan kesihatan dan juga di beberapa pasar raya.

Sumber: http://www.lifehack.org/389795/improve-your-health-naturally-with-matcha-green-tea

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker