Gaya HidupKesihatan

Fogging untuk membunuh nyamuk dikaitkan dengan autisme

Anda mungkin pernah dengar istilah fogging sebelum ini – ia adalah penyemburan racun perosak di udara untuk membunuh nyamuk. Berdasarkan satu kajian baru ini, mereka telah mendapati bahawa terdapat korelasi antara penyemburan tersebut dengan peningkatan risiko kelewatan perkembangan dan autisme di kalangan kanak-kanak.

Pada mesyuarat Pertubuhan Akademik Pediatrik baru-baru ini, para penyelidik telah membentang kajian di mana mereka melihat kaitan di antara kadar autisme dan kelewatan perkembangan dari 8 Kod zip berbeza di sekitar New York yang terdedah kepada racun perosak untuk mencegah penyakit bawaan nyamuk.

Seterusnya, dengan maklumat yang mereka dapat, mereka kemudiannya membandingkan kadar daripada 8 Kod zip itu dengan 16 Kod zip  di mana penyemburan racun perosak tidak berlaku.

Apa yang mereka dapati adalah kanak-kanak yang tinggal di kawasan di mana penyemburan itu sering dilakukan pada setiap musim panas,  berpotensi mempunyai risiko sebanyak lebih kurang 25% untuk didiagnos dengan autisme, berbanding mereka yang tidak terdedah dengan penyemburan tersebut.

“Beberapa kajian telah melaporkan bahawa, racun perosak ada kaitan risiko autisme yang berlaku kepada kanak-kanak,” kata Dr Steve Hicks, penolong profesor pediatrik di Penn State College of Medicine.

“Walau bagaimanapun, berdasarkan data penyelidikan kami, menunjukkan bahawa ia hanya akan memainkan peranan mengikut jenis racun perosak apa yang digunakan.

Kajian terhadap racun perosak dalam model haiwan menunjukkan bahawa mereka boleh memberi kesan terhadap perkembangan neurotransmitter tertentu di dalam otak, tetapi punca utama kepada kesan pada molekul perkembangan otak masih lagi dalam kajian.”

Kajian tersebut telah menunjukkan bahawa  dua perkara tersebut tidak menunjukkan apa-apa kaitan, bahawa dengan menyembur racun perosak udara akan menyebabkan autisme.

Ia juga tidak memberi maklumat yang jelas mengenai sama ada anak anda boleh terdedah semasa mengandung atau selepas kelahiran.

Semburan udara adalah alat kawalan nyamuk yang biasa digunakan, dan negeri-negeri  di Amerika Syarikat sedang meningkatkan usaha untuk mengawal populasi nyamuk pada musim virus Zika yang sedang berlangsung ini.

Pengarang kajian ini turut menyatakan bahawa penemuan itu tidak cukup kuat untuk mengubah amalan kawalan nyamuk yang sedang digunakan.

Kesimpulannya, walaupun penyemburan racun perosak untuk membunuh nyamuk itu  tidak menunjukkan apa-apa kaitan dengan autisme kanak-kanak, masyarakat tetap perlu mengingatkan antara satu sama lain untuk masuk ke dalam rumah semasa penyemburan dijalankan.

Sumber: Time

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button