Sukan

Durakovic ‘buka mulut’ isu Selangor tahun lepas

Bekas pengendali Selangor, Mehmet Durakovic membuka mulut buat kali pertama mengenai isu digantikan Zainal Abidin Hassan sebelum penamat kempen Liga Malaysia tahun lepas.

Pihak pengurusan Selangor memuktamadkan keputusan awal untuk melantik Zainal pada pertengahan musim berdasarkan prestasi awal, namun Durakovic mengejutkan arena bolasepak apabila membantu The Red Giants menjulang gelaran Piala Malaysia ke-33 sebelum hukuman ke atas Pahang menyaksikan Selangor turut layak ke saingan Piala AFC tahun ini.

Bagi Durakovic, dia mengakui sudah lama mengetahui bahawa semua laporan atau ‘khabar angin’ dalam media mengenai posisinya bersama Selangor adalah benar.

“Khabar angin dan laporan media amat menyukarkan. Setiap hari saya berniat supaya mengelakkan diri daripada membaca surat khabar mahupun layari Facebook tetapi itu satu perkara yang amat sukar!

“Selangor adalah kelab yang amat besar di Malaysia dan laporan itu menjejaskan keyakinan saya secara peribadi. Laporan itu disiarkan setiap minggu menjelang kemenangan Piala Malaysia itu. Tidak dinafikan, saya tidak tenang tatkala laporan itu disebarkan tetapi saya tidak dibenarkan menjelaskan cerita yang sebenar,” kata Durakovic.

Sementara itu, Durakovic mengakui kesemua pemainnya sedar bahawa final Piala Malaysia merupakan perlawanan terakhir buat jurulatih kelahiran Yugoslavia itu setelah menolak tawaran untuk menjadi pengarah teknikal Selangor.

“Pihak pengurusan membuat tawaran kepada saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengarah teknikal. Saya menolak tawaran itu kerana saya mahu jadi ketua jurulatih pasukan Selangor.

“Bagaimanapun, saya sangat bersyukur kerana meninggalkan Selangor dengan kejayaan yang gemilang. Saya terhutang budi kepada pemain-pemain saya pada ketika itu dan tidak rela mengganti mereke dengan mana-mana pemain Liga Malaysia,” tambahnya.

Biarpun tidak terlibat dengan perkembangan Selangor, Durakovic masih berada di Malaysia dan tidak menolak kemungkinan akan kembali dalam saingan Liga Malaysia suatu hari nanti.

Sumber: http://www.espnfcasia.com/blog/football-asia/153/post/2865071/msl-durakovic-breaks-silence-on-selangor-exit

Kredit Imej: NewsAsiaOne

Show More

Related Articles

Back to top button