HiburanWayang

Captain America: Civil War – Menegakkan Keadilan atau Hormati Undang-Undang

Adakah anda akan bertindak mengikut apa yang benar atau bertindak mengikut undang-undang? Inilah fokus utama filem terbaru Marvel Studios: Captain America Civil War (CA:CW). Mengapa Iron Man dan Captain America perlu bermusuhan?

Plot di dalam filem ini mengisahkan Steve Rogers a.k.a. Captain America yang bertindak untuk membantu sahabat karibnya, Bucky Barnes yang juga merupakan pembunuh upahan; Winter Soldierdaripada dituduh membunuh sedangkan ia bukan tindakannya. Tindakan Steve yang mempercayai sahabatnya ini tidak bersalah memberi kesan terhadap The Avengers terutamanya Tony Stark a.k.a. Iron Man yang menganggap Steve membelakangi undang-undang.

‘Perang Saudara’ ini sampai ke kemuncaknya apabila Iron Man bersama kumpulannya bertindak menghalang Captain America dari terus membantu Winter Soldier dan membongkar kebenaran. Namun begitu, Helmut Zemo; seorang individu yang ingin membalas dendam akibat kecuaian The Avengers ini yang mendapat manfaat daripada perbalahan ini.

Menariknya filem CA:CW, banyak watak-watak Marvel yang sangat dinanti-nantikan peminat selain The Avengers seperti Ant-ManThe VisionWar Machine termasuk Spiderman dan Black Panther yang membuat penampilan sulung menghiasi CA:CW biarpun ianya bukan filem besar seperti The Avengers.

Buat peminat Marvel, CA:CW merupakan filem Marvel yang hebat di mana akhirnya kita dapat saksikan siapa lebih hebat di antara Captain America dan Iron Man.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button