Bisnes & Ekonomi

Bagaimana Orang Yang Berjaya Seperti Bill Gates & Mark Zuckerberg Memulakan Hari Mereka

Memulakan pagi anda dengan rutin-rutin seperti ini dapat menjadikan hari anda lebih produktif. Dengan bantuan daripada satu infografik dari sleepypeople.com, mereka telah memberikan info tentang bagaimana beberapa ahli perniagaan terkaya di dunia dan juga ahli-ahli politik memulakan hari-hari mereka.

Kebanyakan daripada kalangan anda semua mungkin mempunyai rutin pagi yang jarang anda tinggalkan, sama ada pergi ke gym, membaca surat khabar, atau menikmati secawan kopi.

  1. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama

Beliau memulakan harinya setiap pagi dengan membuat beberapa rutin di gym. Menurut Sleepypeople.com, presiden AS itu akan bangun pada pukul 6:45 pagi, setiap hari.

Kemudian, beliau akan terus ke gymnasium untuk melalukan rutin-rutinnya seperti angkat berat dan kardio. Setelah itu, Obama akan kembali ke rumah untuk makan sarapan pagi bersama isterinya Michelle, dan kedua anaknya Malia dan Sasha, sebelum menghantar mereka ke sekolah.

Selepas menghantar anaknya ke sekolah, beliau akan menjalankan tugas yang paling penting, iaitu mentadbir negaranya.

  1. Perdana Menteri Britain, David Cameron

Perdana menteri negara ini selalunya akan bangun pada pukul 6:00 pagi , dan akan terus memulakan kerja-kerjanya sehingga pukul 8:00 pagi di mana beliau akan menyertai isteri dan anak-anaknya Arthur, Nancy, dan Florence untuk sarapan pagi.

Cameron mempunyai peraturan yang ketat terhadap menonton TV pada waktu pagi. Beliau mahukan anak-anaknya untuk “melakukan sesuatu” yang berfaedah terlebih dahulu pada waktu pagi, daripada menonton TV.

Walau bagaimanapun, Cameron merupakan pengikut setia liputan media dan akan mengambil masa untuk mengetahui setiap perkara yang berlaku di dalam berita setiap pagi.

  1. Bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill

Menurut Sleepypeople.com, Churchill akan bangun pada pukul 7:30 pagi setiap hari. Walau bagaimanapun, beliau hanya akan turun daripada katilnya pada pukul 11:00 pagi.

Ini kerana, beliau akan menghabiskan masa selama 3 jam setengah itu dengan mempunyai sarapan pagi, membaca surat khabar, dan juga mengarah setiausaha-setiausaha beliau dengan perihal surat-menyurat.

  1. CEO Starbucks, Howard Schultz

Rutin utama beliau untuk setiap pagi adalah dengan meminum secawan kopi. Berdasarkan satu temu bual daripada Bloomberg BusinessWeek, Schultz memberitahu bagaimana dia akan bangun pada pukul 4:30 pagi, setiap hari untuk membawa anjingnya jalan-jalan, sebelum pulang ke rumah dan membuat kopi untuk dirinya dan isterinya pada pukul 5:45 pagi.

Setelah itu, beliau akan meneruskan harinya dengan bertugas sebagai CEO sebuah kedai kopi yang paling gah diserata dunia, sekarang.

  1. Bekas CEO Apple, Steve Jobs

Mendiang Steve Jobs, yang terkenal dengan pakaiannya yang serba hitam dan juga kejayaannya dalam membawa Apple di mana ia berada sekarang, akan melakukan satu perkara ini untuk memastikan dia akan kekal yakin setiap hari.

Setiap kali selepas bangun dari tidur, beliau akan melihat dirinya sendiri di cermin dan bertanya: “Jika hari ini adalah hari terakhir saya di dunia ini, adakah saya akan gembira dengan apa yang saya akan lakukan hari ni?”

Menurutnya, jika beliau mendapati bahawa beliau sering menjawab tidak kepada soalan itu, beliau tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena dan perlu diubah.

  1. Pengasas Microsoft, Bill Gates

Beliau gemar membuat senaman terhadap minda dan badannya, setiap pagi. Sleepypeople.com mengatakan bahawa, Gates akan menghabiskan masa selama satu jam di atas treadmill untuk senaman kardio, dan sambil itu beliau juga turut menonton video pengajaran daripada sebuah Syarikat Pengajaran, untuk memastikan kesihatan kesemua bahagian badannya terjaga.

  1. Pencipta Facebook, Mark Zuckerberg

Pengasas Facebook itu kini berusia 31 tahun, dan beliau juga sering kelihatan memakai baju T-shirt kosong bewarna kelabu. Menurut beliau, memakai baju yang sama membantu beliau “untuk tidak perlu membuat keputusan yang banyak, sebaik mungkin”.

Dengan melakukan ini, otak beliau tidak perlu serabut dengan perkara-perkara remeh seperti memilih baju apa untuk dipakai. Menurut pekerja di Facebook sendiri,  beliau dikenali sebagai seorang yang tidak kerap tidur dan akan kekal sedar sehingga pukul 6:00 pagi.

  1. Pengasas e-dagang yang terbesar Amazon, Jeff Bezos

Tidak seperti kebanyakan orang berjaya yang kami senaraikan di atas, Jeff Bezos dikenali sebagai seorang yang tidak suka bangun pagi.

Pada tahun 1999, beliau memberitahu Wall Street Journal bahawa beliau berasa lebih baik apabila beliau mendapatkan waktu tidur selama 8 jam sehari.

Beliau juga akan elak daripada menghadiri mesyuarat pada awal pagi semata-mata untuk mempunyai sarapan pagi dengan isteri dan anak-anaknya.

Menurut Sleepypeople.com, dengan mengelak daripada bangun awal pagi juga telah membolehkan beliau untuk mendapatkan waktu tidur yang secukupnya.

Sumber: http://time.com/

 

Show More

Related Articles

Back to top button