Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

11 Makanan Yang Membuat Anda Lebih Lapar Apabila Anda Memakannya

Jika anda berasa lapar, perkara yang paling logik yang akan anda lakukan adalah makan, bukan? Tetapi, bagaimana sekiranya makanan yang anda makan itu akan membuat anda berasa lebih lapar dari yang sebelumnya? “Kelaparan adalah hasil daripada interaksi kompleks banyak yang berlaku di dalam perut, usus, otak, pankreas, dan aliran darah anda,” kata pakar berat badan, Sue Decotiis, MD. Berikut adalah 11 makanan yang boleh membuat anda berasa lebih lapar jika anda memakannya.

Roti Putih

Tepung putih yang digunakan untuk membakar roti putih telah pun dilucutkan daripada kulit luarnya, yang membuatkan kandungan serat “kenyang” bijirin tersebut berkurangan. Memakannya akan membuatkan tahap insulin anda meningkat, Dr. Decotiis berkata.

Dalam satu kajian Sepanyol baru-baru ini, penyelidik mengesan tabiat makan dan berat badan lebih daripada 9,000 orang dan mendapati bahawa mereka yang makan dua atau lebih hidangan roti putih sehari mempunyai 40% potensi untuk menjadi gemuk atau obes dalam tempoh lima tahun berbanding dengan mereka yang makan kurang daripada itu.

Jus-jus

Minuman “sihat” ini mengandungi kesemua gula yang terkandung di dalam buah-buahan kegemaran anda. Ini bermakna, dengan hanya meminum segelas jus ini boleh membuatkan tahap gula dalam darah anda meningkat – kemudian turun semula – membuatkan anda lebih lapar. Tips yang terbaik adalah, campurkan satu sudu serbuk protein atau mentega kacang di dalam jus smoothie anda untuk menyeimbangkan gula dalam darah anda dan membuat anda lebih kenyang.

 

Sneks yang mengandungi banyak garam

Ada sebab mengapa anda mengidamkan sesuatu yang manis selepas menghabiskan satu beg cip kentang. Keropok, pretzels, dan campuran snek masin adalah makanan yang boleh merangsang paras insulin anda.

Dan kerana selera makan anda dan otak anda berkait dengan kemahuan anda terhadap makanan manis, ia adalah perkara biasa untuk mempunyai keinginan untuk sesuatu yang manis sebaik sahaja anda selesai makan makanan masin.

Makanan segera

Hampir kesemua bahan yang terdapat dalam makanan segera direka untuk membuat anda rasa lebih lapar. Contohnya, lemak trans yang membuat usus anda aktif – berpotensi merosakkan keupayaan badan anda untuk menghasilkan neurotransmitter kawalan selera makan seperti dopamine dan serotonin, kata Dr. Decotiis.

Sementara itu, saluran GI boleh menyerap fruktosa tinggi sirap jagung (biasanya dijumpai di dalam roti, perasa, dan pencuci mulut) dengan cepat, dan ini menyebabkan insulin anda meningkat dan rasa lapar yang lebih kuat. Akhir sekali, kandungan garam yang tinggi dalam makanan segera ini juga boleh merangsang dehidrasi.

Alkohol

Alkohol bukan hanya boleh merosotkan kesihatan anda, ia juga boleh membuatkan anda benar-benar lapar: Menurut kajian yang diterbitkan dalam Alcohol & Alcoholism, hanya dengan tiga hidangan sahaja, boleh mengurangkan tahap leptin-hormon dalam badan anda yang direka untuk menghapuskan rasa lapar dan membuat anda rasa kenyang – sebanyak 30%.

“Alkohol juga boleh mengurangkan kadar penyimpanan karbohidrat dalam badan anda (yang dipanggil glikogen), menyebabkan anda mengidamkan karbohidrat untuk menggantikan rasa lapar itu,” kata Dr. Decotiis. Dan jika anda mendapati diri anda mengidam makanan ringan yang masin, anda mungkin akan mengalami dehidrasi dan kehilangan elektrolit.

Pasta Putih

Masalah bagi makanan ini adalah sama seperti roti putih tadi. Saiz standard hidangan bagi pasta putih ini adalah hanya setengah cawan, tetapi di kebanyakkan restoran, mereka sering menghidangkan sebanyak empat cawan kepada pelanggan mereka. Apabila anda memenuhkan badan anda dengan karbohidrat yang sederhana, pankreas anda akan menjadi penat setelah memproses semua insulin itu, dan dengan ini telah menghasilkan banyak gula yang mengawal hormon anda rendah dan membuatkan anda lebih lapar.

MSG

MSG ataupun monosodium glutamate adalah penambah-rasa terkenal yang ditambah dalam makanan (seperti sayur-sayuran dalam tin, sup, daging yang diproses, bir dan ais krim).

Satu kajian haiwan dari penyelidik Sepanyol menunjukkan bahan kimia yang terdapat dalamnya boleh mencetuskan peningkatan 40% dalam selera makan, dan menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Obesiti, orang yang mengambil MSG paling banyak adalah hampir tiga kali lebih cenderung untuk mengalami berat badan berlebihan berbanding mereka yang tidak memakannya.

Sushi

Mungkin niat anda untuk makan sushi adalah untuk menikmati ikan-ikan eksotik yang ada di atasnya, tetapi hakikatnya, anda sebenarnya makan lebih banyak nasi daripada benda lain. Kata pakar diet Susan M. Kleiner, RD, PhD, seorang perunding saintifik dengan USANA Health Sciences

Contoh sushi yang kami katakan adalah, California roll – ia mengandungi lebih 30 gram karbohidrat – dan ini bersamaan dengan 3 keping roti putih.

Pemanis tiruan

Pemanis tiruan (aspartame, sucralose, sakarin, dan lain-lain) akan merangsang sel-sel otak anda, kata Dr. Decotiis. Kesudahannya anda mungkin akan mengidamkan dan mahu makan lebih makanan manis sepanjang hari. Dari masa ke masa, proses ini sebenarnya boleh memberi kesan kepada pusat kawalan kelaparan di otak anda, katanya. Yang paling penting sekali, bahawa pemanis tiruan boleh menyebabkan kadar tahap insulin anda meningkat seperti, kalori anda yang penuh gula itu.

Bijirin kanak-kanak

Jika dimakan sebagai permulaan bagi pagi anda, ia boleh menyebabkan perubahan terhadap gula dalam darah dan insulin anda. “Memakan bijirin yang tinggi dengan karbohidrat pada waktu pagi apabila tahap kortisol anda berada di tahap tertinggi akan mengganggu metabolisme anda,” kata Dr. Decotiis.

Pada waktu malam dan ke pagi, badan anda mengepam kortisol jumlah yang besar, yang dipercayai menjadi sebahagian semula jadi dalam tubuh anda yang mempersiapkan dirinya untuk tekanan hari yang akan datang. Tahap kortisol yang lebih tinggi bermakna lebih rendah keupayaan untuk mencerna gula metabolisme. Oleh itu walau gula dalam darah anda mungkin tinggi, ia masih tidak dapat mencapai tisu di mana ia diperlukan, yang menyebabkan kepada keletihan dan kelaparan.

Pizza

Anda tahu yang anda tidak boleh makan hanya satu keping sahaja – tidak kira berapa besar pun satu keping pizza itu sendiri. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan seperti doh daripada tepung putih, minyak hydrogenated, keju proses, dan bahan pengawet boleh membuatkan tahap gula dalam darah anda, pengeluaran hormon kenyang, dan kawasan selia dalam otak anda yang mengawal kelaparan, menurun.

Sumber: http://time.com/3064158/foods-make-you-hungrier/?xid=time_socialflow_facebook

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button