Gaya Hidup

Kahwin Lambat: 3 Faedah Dari Segi Kewangan Yang Akan Anda Dapat

Dahulu, sekiranya anda berkahwin pada usia 30-an, anda mungkin akan dipandang serong oleh masyarakat. Tetapi, kini pemikiran seperti itu sudah kian berubah – terutamanya sejak berlakunya peningkatan jumlah orang-orang yang melambatkan perkahwinan, sama ada untuk pendidikan mereka, kerjaya mereka, atau sebab lain.

Pada era 50-an dahulu, purata umur untuk berkahwin adalah 20 tahun bagi wanita dan 23 tahun bagi lelaki. Kini, ramai wanita yang memilih untuk berkahwin pada usia 27 tahun, manakala lelaki pula pada usia 29 tahun secara puratanya.

Walaupun anda berkahwin pada umur yang lambat, anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa manfaat dari segi kewangan sekiranya anda pilih atau terpaksa kahwin lambat.

1. Anda berkemungkinan untuk mempunyai kerjaya yang stabil

Setelah anda menamatkan pengajian, anda mungkin memulakan kerjaya pertama anda semata-mata untuk membayar bil-bil anda dan juga bagi mendapatkan pengalaman asas terhadap dunia pekerjaan.

Jika anda bernasib baik, anda mungkin akan naik pangkat dan gaji anda juga akan mula meningkat setiap tahun.

Memasuki alam perkahwinan pada saat anda telah mempunyai kerjaya yang mantap adalah satu kelebihan yang sangat besar, dan ia bukan sahaja dari segi kewangan.

Ini kerana apabila anda dan pasangan anda sudahpun mempunyai pekerjaan sendiri, anda sudah mula dapat membuat keputusan terhadap di mana anda dan pasangan anda mahu tinggal.

Selain itu, menurut satu penyelidikan daripada Ohio State, menunjukkan bahawa pengangguran dalam jangka masa yang panjang adalah salah satu faktor untuk perceraian.

Oleh itu, sekiranya anda mempunyai pekerjaan yang tetap, itu akan dapat membantu dalam kestabilan rumah tangga anda. Tambah-tambah lagi, ia juga akan lebih mudah untuk anda bergerak kepada perubahan hidup yang lain seperti memiliki rumah yang banyak, atau mempunyai anak-anak.

2. Anda mempunyai masa yang lebih lama untuk menabung 

Walaupun jawatan anda tidak menawarkan bayaran yang tinggi, sekiranya anda sudah bekerja selama 12 tahun contohnya, anda akan dapat menabung dengan lebih banyak dari yang anda sangkakan.

Oleh itu, dengan memasuki alam perkahwinan pada kemudian hari, anda dan pasangan anda sudah pun mempunyai wang simpanan sendiri untuk menjana rumah tangga anda.

Dengan ini, anda dan pasangan anda boleh membuat pelaburan yang lebih besar seperti membeli rumah sebagai aset.

Selain itu, dengan ada wang simpanan di dalam akaun anda, anda juga boleh membuat majlis perkahwinan yang anda impikan selama ini.

Oleh itu, anda ridak perlu risau untuk membuat pinjaman daripada bank untuk membiayai majlis perkahwinan anda nanti.

Tambahan pula, sekiranya anda stabil dari segi keewangan, itu akan membolehkan anda untuk membina sebuah keluarga dengan lebih awal.

Seperti yang anda tahu, pembiayaan anak-anak anda dari segi barang keperluan, makanan, dan pengajian adalah satu perkara yang sangat mencabar sekiranya anda tidak mampu untuk membiayainya.

3. Anda dapat membayar hutang pengajian anda

Kebanyakan orang yang meminjam untuk pembiayaan pengajian mereka selalunya mempunyai 10 tahun untuk membayar balik pinjaman tersebut.

Jika anda telah berjaya membayar hutang itu sebelum anda berkahwin, kehidupan anda dan pasangan anda akan lebih rileks dari yang anda sangka.

Anda dan pasangan anda dapat menggunakan wang anda untuk hal-hal lain seperti membeli kereta baru, mengembara, dan yang lebih baik adalah anda boleh menyimpan dan melabur.

Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak faedah dari segi keewangan yang akan anda dapat dengan berkahwin lambat, ada juga faedah lain yang anda perolehi.

Contohnya, anda akan menjadi lebih matang apabila anda meningkat usia – ini akan lebih mematangkan rumah tangga anda dan pasangan anda sendiri.

Sumber: Time

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button