Gaya HidupKesihatan

Pusat Penjagaan Anak Anda Ada Virus Yang Berbahaya?

Adakah anda sekarang sedang menggunakan perkhidmatan pusat penjagaan kanak-kanak untuk menjaga anak anda sewaktu anda di tempat kerja dan kebelakangan ini anda perasan yang kesihatan anak anda semakin lama semakin merosot?

Jika ya, maka anda tidak boleh mengambil hal ini dengan remeh kerana anak anda mungkin sedang dijangkiti rotavirus!

Penyakit ini kebiasaannya berpunca daripada najis. Anak anda akan mudah berjangkit dengan virus ini kerana ia boleh melekat di tangan mereka atau di permukaan lain seperti alat-alat permainan yang sering mereka main di situ.

Antara simptom bagi penyakit ini adalah cirit-birit dan muntah-muntah berpanjangan hingga menyebabkan anak anda mengalami dehidrasi yang serius. Demam juga antara simptom yang dialami oleh 1/3 daripada kanak-kanak yang terkena virus ini.

Rawatan harus diambil dengan segera kerana ia boleh mengundang kematian buat kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah. Setakat ini, pencegahan yang paling berkesan adalah suntikan vaksin tetapi ia tidak mampu untuk mencegahnya 100%.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana penyebarannya masih boleh dicegah sekiranya kebersihan diri dan keluarga diambil berat. Berikut adalah beberapa cara yang boleh diambil untuk mencegahnya:

  1. Catatkan kekerapan simptom yang anak anda lalui

Ini akan memudahkan lagi doktor anda dalam proses merawat anak anda dan juga untuk melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut

2. Perhatikan jika anak anda mengalami tanda-tanda dehidrasi yang teruk:

  • Bibir dan mulutnya kering
  • Mata dan pipi mereka cengkung
  • Kurang kencing

3. Ambil rawatan yang segera

Rawatan yang akan diberikan adalah bertujuan untuk mengembalikan air dan garam mineral badan melalui oral rehydration therapy (ORS).

4. Teruskan penyusuan susu ibu

Bagi kanak-kanak yang berusia di bawah usia 2 tahun, penyusuan susu ibu dapat menenangkan mereka dan membantu mengembalikan tenaga dan mampu membuat mereka kembali terhidrat.

5. Kebersihan

Sekiranya tidak dicuci dengan antiseptik selama beberapa hari, virus tersebut mampu membiak di permukaan lain selain daripada alat-alat permainan.

6. Jaga kesihatan diri anda sendiri.

Selain daripada kanak-kanak, orang dewasa juga boleh berjangkit dengan virus ini. Oleh itu, selepas mengendalikan najis dan pakaian yang terkena najis, hendaklah anda membersih tangan anda betul-betul.

Justeru itu, anda perlulah lebih berhati-hati dengan keadaan anak-anak anda sekarang. Jangan sesekali pandang simptom-simptom seperti yang dikatakan di atas dengan sebelah mata sahaja kerana anda tidak mahu melihat nyawa anak anda “melayang” dengan begitu sahaja.

Sumber: http://www.mmgazette.com

 

Show More

Related Articles

Back to top button