Teknologi

Gajet Nokia kembali, bukan telefon pintar

Sukar dipercayai telefon bimbit Nokia sudah pupus dalam dunia teknologi tatkala majoriti daripada kami pernah memiliki peranti lagenda seperti Nokia 3310. Tetapi, apakah Nokia akan membuat penampilan semula pada tahun 2016?

Memang benar tetapi bukan dalam bentuk telefon bimbit malah Nokia kembali ke arena teknologi sebagai peranti kesihatan.

Selepas menjualkan perniagaan telefon bimbit mereka kepada Microsoft beberapa tahun lepas, Nokia menggunakan dana wang itu untuk membeli firma kesihatan digital, Withings.

Withings sudah menghasilkan pelbagai jenis peranti kesihatan bersambung seperti skala berat pintar, monitor tekanan jantung, termometer dan juga jam tangan pintar popular ‘Activit√© smart watch’.

Pembelian strategik ini bermakna Nokia mempunyai perancangan untuk kembali sebagai kuasa besar dalam dunia teknologi dan usaha mereka harus dipuji sedangkan mereka terpaksa akur melihat Apple dan Samsung mendominasi dunia telefon pintar.

Apakah kita akan memiliki alat-alat elektronik (selain telefon pintar) berjenama Nokia dalam masa terdekat? Sama-sama kita nantikan!

Sumber: http://www.theverge.com

Show More

Related Articles

Back to top button