Gaya HidupKesihatan

8 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Vagina (Faraj)

Pertama sekali yang anda perlu tahu adalah, kenyataan tentang vagina yang “normal” tidak wujud sama sekali. Untuk mendapatkan fakta yang lebih lanjut mengenai vagina, Buzzfeed telah menemu bual dua orang pakar ginekologi iaitu Dr Vanessa Mackay dari Royal College of Obstetricians dan Ginekologi dan juga Claudine Domoney, doktor kandungan dan pakar sakit puan dan ketua di Institut psikoseksual Medicine.

  1. Anda sebenarnya tidak perlu mencuci vagina anda

“Adalah penting untuk ingat bahawa vagina direka untuk membersihkan dirinya sendiri dengan rembesan semulajadinya. Vagina anda mempunyai bakteria yang baik untuk melindungi dirinya. Jika bakteria ini terganggu ia boleh membawa kepada jangkitan, seperti bakteria vaginosis atau seriawan, dan keradangan. “- Dr Vanessa Mackay

  1. Cecair jernih (Air mazi) tidak mempunyai bau yang kuat atau warna

“Ia adalah normal dan sihat untuk menghasilkan cecair jernih ini dari vagina anda, walaupun kadang-kadang ia mungkin berwarna coklat, contohnya pada akhir period anda. Cecair jernih ini adalah sihat dan tidak mempunyai bau yang kuat atau warna sekalipun.

Anda mungkin akan merasai kebasahan yang agak tidak selesa, tetapi ia tidak akan membuatkan anda rasa gatal atau sakit di sekitar faraj anda.

“Jumlah cecair jernih ini mungkin berubah-ubah sepanjang kitaran haid anda, tetapi, jika berlaku perubahan yang tiba-tiba padanya, ia mungkin adalah simptom bagi jangkitan vagina. Contohnya,

  • Perubahan dalam warna atau konsisten.
  • Bau busuk tiba-tiba.
  • Jumlah yang luar biasa
  • Gatal-gatal di luar faraj atau sakit di pelvis atau perut anda.
  • Pendarahan yang tidak dijangka dari faraj. “- VM
  1. Anda boleh dan perlu menjalankan senaman terhadap vagina anda

“Keadaan selepas bersalin, graviti, menopaus, merokok, dan obesiti semua boleh mendatangkan malapetaka pada vagina anda dan dari masa ke masa boleh melemahkan otot asas pelvik anda. Tetapi seperti otot lain dalam badan anda, otot asas pelvik dan otot vagina anda boleh diperkukuhkan dengan senaman. “- VM

  1. Penjagaan terhadap vagina-neo boleh menjadi sedikit rumit.

Vagina-neo merupakan vagina yang dicipta dalam pembedahan peralihan. Ia dibuat menggunakan kulit daripada zakar dan orang-orang dengan vagina seperti ini  memerlukan nasihat peribadi daripada doktor mereka apabila melibatkan hal penjagaanya. Selain itu, ia juga perlu diluaskan dengan lebih kerap untuk membantu tisu dan otot sekitarnya untuk kekal.

“Faraj baru adalah kadang-kadang lebih mudah untuk mendapat jangkitan. Penggunaan penyembur air, termasuk air garam, boleh membantu anda sedikit sebanyak. “- Claudine Domoney

  1. Seriawan adalah perkara biasa

“Sekurang-kurangnya 3 daripada 4 wanita akan mengalami seriawan pada satu ketika dalam hidup mereka. Seriawan adalah jangkitan yis yang disebabkan oleh peningkatan dalam pertumbuhan candida albicans.

Selalunya ia terjadi dengan mengambil antibiotik yang membunuh bakteria yang secara semula jadi menyekat candida. Ia biasanya memberi kesan kepada wanita tetapi lelaki juga boleh terjejas dan ia boleh dijangkiti melalui hubungan seks. “- VM

  1. Penjagaan vagina yang baik boleh mengehadkan peluang anda untuk mendapat jangkitan yis.

Walaupun ia adalah perkara biasa, tiada siapa pun mahu dijangkiti seriawan, maka berikut adalah beberapa perkara mudah yang boleh anda lakukan untuk membantu mencegahnya daripada berlaku:

  • Minum banyak air
  • Jangan bilas atau bersih pada bahagian dalam vagina anda
  • Elakkan deodoran vagina, mandi buih, atau sabun pewangi dan gel mandian
  • Cuba untuk tidak memakai seluar dalam material nilon, pakaian ketat dan seluar   ketat
  • Tukar kepada serbuk pembasuh yang nonbiological.
  • Jaga kebersihan kemaluan dan mengelap dari depan ke belakang.
  • Elakkan hubungan seks sehingga semua gejala itu telah hilang kerana ini akan membolehkan lapisan faraj anda untuk sembuh.
  1. Kencing selepas melakukan hubungan seks untuk mengelak daripada terkena UTI

“Mengosongkan pundi kencing anda selepas mengadakan hubungan seks adalah salah satu cara untuk mengelak daripada terkena jangkitan saluran kencing. Apa yang anda boleh buat adalah:

  • Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi dan membantu menghapuskan bakteria dari saluran kencing.
  • Pergi ke tandas sebaik sahaja anda rasa mahu membuang air kecil.
  • Lap vagina anda dari depan ke belakang selepas ke tandas.
  • Cuba menggunakan kondom yang tidak mempunyai pelincir spermicidal padanya, jika anda terkena UTI.”- VM
  1. Vagina yang cantik atau vagina yang hodoh – tidak wujud

” Setiap orang mempunyai vagina yang berbeza – warna yang berbeza, saiz yang berbeza, dan bentuk yang berbeza. Labia adalah seperti individu setiap wanita itu sendiri dan berbeza dari segi rupa dan warna. Semasa orgasm, labia akan membesar dengan pengaliran darah yang akan membuat mereka kelihatan lebih besar dan lebih gelap, tetapi hanya  akan tahan buat seketika sahaja. “- VM

Sumber: https://www.buzzfeed.com/

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button