Bisnes & Ekonomi

6 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Mengalami Masalah Kewangan

Pernahkan anda berada dalam situasi di mana anda memiliki wang tetapi anda tidak pernah mempunyai wang yang cukup untuk membiayai segala-galanya?

Walaupun anda mempunyai kerja part time sebagai wang tambahan ianya seolah-olah tidak membawa apa-apa makna langsung apabila anda perlu membayar sewa rumah, bil elektrik, bil air, bil talefon, yuran pengajian anda, dan banyak lagi.

Berikut adalah 6 tips yang anda perlu tahu sekiranya anda berada dalam situasi ini:

  1. Jangan hidup di luar kemampuan anda

Hapuskan tabiat atau keinginan anda untuk membeli pakaian baru setiap bulan atau makan di luar setiap minggu.

Hidup di luar kemampuan anda adalah perangkap yang utama apabila anda tidak mempunyai wang yang banyak.

Anda mungkin akan berada dalam situasi itu jika anda mula beralih kepada mengguna kredit kad untuk membeli apa yang anda sebenarnya tidak mampu.

Jika anda terus hidup dengan cara ini, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada; anda akan sentiasa menjadi muflis.

  1. Sentiasa ketahui di mana anda membelanjakan wang anda

 

Jika anda telah menghabiskan lebih daripada RM200 di kedai runcit, maka anda berada dalam masalah.

Apa yang perlu anda buat adalah, senaraikan semua bil-bil bulanan anda dan perbelanjaan yang perlu dibayar dalam satu buku.

Jika boleh, cuba untuk mempunyai dua akaun bank yang berasingan: satu untuk bil-bil dengan wang tunai yang lebih mencukupi untuk menampung perbelanjaan anda, dan satu lagi untuk perbelanjaan peribadi anda.

Selain itu, kerap mengaudit perbelanjaan anda untuk melihat apa yang boleh dipotong.

  1. Dapatkan Insurans

Ya, ia sememangnya sukar untuk menampung kos insurans apabila anda tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar bil-bil yang lain.

Tetapi jangan bimbang, kerana ia adalah berbaloi untuk menyediakan payung sebelum hujan.

Percaya atau tidak, perubatan kecemasan adalah lebih mahal daripada insurans premium bulanan.

Oleh itu buatlah satu pengorbanan kecil dalam perbelanjaan anda sekarang untuk membina jaringan keselamatan supaya anda tidak perlu membuat pengorbanan besar apabila berlakunya sesuatu yang tidak diingin pada masa hadapan.

  1. Sedar bahawa anda masih boleh bergembira walaupun sedang berjimat

 

Anda akan menyedari bahawa terdapat banyak cara untuk berseronok dan menikmati kehidupan tanpa menghabiskan banyak wang.

Wang tidak menjamin kebahagiaan. Oleh itu, apabila anda sedang berada dalam kesusahan, dorong diri anda untuk mencari cara-cara untuk memperbaiki keadaan diri.

Jangan sesekali menganggap bahawa hari untuk anda bergembira itu hanya akan tiba apabila anda mempunyai lebih banyak wang.

 

  1. Cari jalan penyelesaian untuk keadaan anda

 

Daripada mengadu tentang nasib anda yang tidak mempunyai wang atau betapa sikitnya pendapatan anda, lebih baik anda cari jalan penyelesaiannya – dapatkan pekerjaan yang kedua.

Ia adalah lebih baik untuk mengambil kerja tambahan ketika anda masih muda dan mempunyai banyak tenaga dan akal yang kuat.

Dan ini juga akan menghalang anda daripada terperangkap dengan hutang pada masa akan datang.

6. Jangan kecewa dan putus asa

Jangan pernah membiarkan diri anda berfikir bahawa anda akan sentiasa hidup begini.

Jika anda terus mengambil langkah-langkah untuk memajukan kerjaya anda, meningkatkan kewangan anda dan meningkatkan cara anda berbelanja, ketahuilah bahawa ianya hanya sementara.

Akhir sekali, jangan biarkan hakikat bahawa anda tidak mempunyai wang yang banyak membuatkan anda mahu putus asa.

Bersyukurlah bahawa anda mempunyai pekerjaan dalam bidang yang anda pilih.

Bersyukurlah bahawa anda mempunyai rakan-rakan yang anda boleh menghabiskan masa bersama, dan juga keluarga yang menyokong anda walau dalam apa jenis situasi pun yang anda berada sekarang.

Sumber: http://www.businessinsider.com/important-lessons-learned-from-being-broke-2016-4?IR=T&r=US

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker