Gaya HidupKesihatan

Jangan Hidangkan 7 Jenis Makanan Lazat Ini Kepada Teman Yang Menghidap Kencing Manis

Mahu ajak rakan anda makan di rumah ataupun di luar? Pastikan anda elak menghidangkan makanan ini jika dia menghidap penyakit kencing manis (Diabetes)

  1. Au gratin

Jika menu entrée telah dilabel dengan “au gratin”, ini bermakna ia telah disalut dalam serbuk roti dan kadang-kadang mentega dan keju – kemudian digoreng sehingga perang.

Hidangan popular kentang au gratin, ini mempunyai kandungan karbhidrat yang  sangat tinggi disebabkan kentang yang memang sedia berkanji itu dan terdapat juga lapisan serbuk roti.

Untuk mengurangkan karbohidrat, anda boleh meminta entrée tanpa serbuk roti atau membuang lapisan serbuk roti itu sendiri.

  1. Makanan berkonsepkan ladang (farm dish)

Hidangan ini biasanya mempunyai lempeng, hash brown, telur dan sosej – bersamaan dengan lebih daripada 2,050 kalori dan 275 gram karbohidrat. (Had karbohidrat setiap hidangan untuk pesakit diabetes adalah 45 hingga 60 gram – jadi satu hidangan itu bersamaan dengan lima hidangan biasa!).

Sebaliknya, cuba hidangan ringan seperti oat yang kaya dengan serat dan beri biru, bersama dengan telur hancur yang penuh dengan protein, yang mempunyai hanya 294 kalori dan 40 gram karbohidrat.

  1. Makanan yang disalut tepung

Had natrium harian yang disyorkan untuk mereka yang menghidap diabetes adalah 1,500 miligram. Dan satu pinggan yang mempunyai dua filet ikan yang disaluti tepung dengan kentang goreng dan coleslaw mempunyai lebih daripada 1,300 kalori, 110 gram karbohidrat, 80 gram lemak, dan 3,000 miligram natrium.

Makanan yang digoreng juga adalah penyumbang kepada peningkatan risiko penyakit jantung, dan orang-orang yang ada diabetes mempunyai risiko masalah jantung yang lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai tahap darah gula yang sihat.

  1. Alfredo

Satu pinggan pasta Alfredo boleh mempunyai lebih daripada 70 gram lemak tepu!

Persatuan Diabetes Amerika mencadangkan mereka yang ada diabetes untuk  makan kurang daripada 10 peratus kalori daripada lemak tepu sehari. Bagi kebanyakan orang dewasa, ini bersamaan dengan kira-kira 20 gram.

Bincang dengan doktor anda mengenai had anda sendiri; ramai orang dewasa (orang aktif, sebagai contoh) mungkin perlu makan lebih kurang daripada itu.

  1. Makanan yang melekit

Jika item menu digambarkan sebagai “melekit,” minta pelayan anda untuk memberitahu anda tentang bahan-bahan yang ada dalam sos itu. Sos yang melekit selalunya sarat dengan gula dan akan meningkatkan tahap karbohidrat makanan anda dengan sangat tinggi.

  1. Barbeku (BBQ)

Sos barbeku boleh  kadang-kadang adalah kaya dengan karbohidrat. Dua sudu besar sos barbeku mempunyai 15 gram gula dan 70 kalori, dan satu suku cawan daripadanya mempunyai gula lebih daripada satu bar coklat Snickers saiz biasa.

  1. Comfort Food

Makanan ini kebiasaannya mempunyai nilai nostalgik dan sentimental, dan selalunya ia dimakan bukan untuk perut, tetapi untuk ketenangan hati dan minda kita.

Walau bagaimanpun, makanan ini mendapatkan teksturnya yang halus daripada bahan-bahan yang tinggi dengan lemak dan kalori. Antara perkataan yang sering digunakan untuk menggambarkan makananini adalah berkrim, disaluti, cair dan melekit.

Sumber: Readers Digest

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button