Gaya HidupKesihatan

Suri Rumah Boleh Diserang Sakit Jantung Disebabkan Dua Perkara Ini

Pekerjaan sebagai suri rumah bukanlah sesuatu yang remeh. Para wanita berkemungkinan besar akan terus meninggal dunia sekiranya mereka diserang sakit jantung berbanding lelaki.

Apa yang boleh menyebabkan suri rumah sakit jantung?

Penyumbang utama kepada isu ini adalah disebabkan kerja rumah yang berlebihan, penjagaan anak dan juga saudara-mara yang lain.

Di seluruh dunia, penyakit jantung telah membunuh ramai lelaki dan wanita.

Wanita lebih cenderung mati akibat serangan jantung

Para doktor telah lama memerhatikan bahawa sindrom koronari akut (Acute Coronary Syndrome) – istilah payung yang merangkumi pelbagai masalah jantung termasuk serangan jantung ini dan apa yang membimbangkan ialah wanita mempunyai simptom yang lebih teruk serta tahap pemulihan yang lemah dan lebih cenderung untuk mati disebabkannya.

Untuk memahami mengapa, Colleen Norris di Universiti Alberta di Edmonton, Kanada, dan rakan sekerjanya telah mengikuti perkembangan lelaki dan wanita yang telah didiagnosis dengan ACS.

Pasukan itu membuat analisis data daripada kira-kira seribu orang di Kanada yang telah dirawat dengan ACS sebelum mereka berusia 55 tahun – usia di mana perbezaan antara kesihatan lelaki dan wanita dalam keadaan yang boleh dikatakan lemah.

Mereka kemudian melihat bagaimana keadaan setiap orang setelah setahun memulakan rawatan, dan mereka telah menggunakan program statistik untuk membandingkannya dengan keadaan biologi mereka, faktor perubatan seperti tekanan darah, dan 31 ciri atau sifat yang lain seperti masa yang telah dihabiskan untuk kerja rumah.

Mereka telah menunjukkan 7 faktor yang mungkin memainkan peranan dalam menentukan sejauh mana kemungkinan seseorang itu akan cenderung kepada masalah ini.

Keputusan kajian ini telah menunjukkan bahawa orang yang mengalami tekanan yang lebih di rumah dan menghabiskan lebih banyak masa melakukan kerja-kerja rumah bernasib kurang baik, dan begitu juga bagi orang-orang yang mempunyai pendapatan peribadi yang lebih rendah.

Lebih feminin akan mengalami kesihatan yang teruk

Mereka yang mempunyai sifat personaliti dan tingkah laku sosial yang disenaraikan sebagai kurang maskulin atau lebih feminin  juga mengalami kesihatan yang lebih teruk.

Norris juga telah mendapati bahawa wanita lebih cenderung untuk menjaga ahli keluarga yang lain walaupun diri mereka sendiri tidak sihat.

“Kami sedar bahawa wanita yang telah menjalani pembedahan cenderung untuk segera kembali bertugas, manakala lelaki mahu berehat dengan lebih lama,” kata Norris.

Lelaki berkahwin lebih berjaya menangani serangan jantung

Satu kajian di Finland telah mendapati bahawa lelaki lebih cenderung untuk berjaya menangani serangan jantung jika mereka berkahwin, namun ia adalah sebaliknya untuk wanita – wanita bujang pulih lebih baik daripada mereka yang telah berkahwin.

Norris berharap alat yang dicipta melalui gabungan soal selidik yang baru disusun dengan analisis statistik boleh digunakan untuk menyiasat kepentingan peranan dan tanggungjawab rakyat terhadap penyakit-penyakit lain.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close