FesyenGaya HidupKesihatan

‘Leggings’ Boleh Menyebabkan 7 Masalah Kesihatan Ini

Anda mungkin adalah penggemar leggings atau juga dikenali sebagai seluar yoga. Bagi anda seluar itu mungkin lebih selesa, mudah diguna dan juga kelihatan lebih bergaya untuk dipakai.

Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa seluar kegemaran anda itu merupakan antara penyumbang kepada masalah kesihatan anda?

Berikut adalah 7 akibat sekiranya anda kerap memakai leggings:

  1. Kulit Melecet

Ini akan berlaku apabila kulit anda bergesel di antara satu sama lain. Apabila memakai lengging atau pakaian ketat yang lain, anda harus berhati-hati dengan geseran yang akan berlaku kepada kulit anda, jelas Joshua Zeichner, MD, seorang penolong dermatologi di Icahn School of Medicine di Gunung Sinai.

Kulit melecet akan  menyumbang kepada keretakan pada lapisan luar kulit, kekurangan penghidratan kulit, dan keradangan. Cara terbaik untuk merawatnya adalah dengan “berehat” daripada memakai leggings.

  1. Folliculitis

Folliculitis adalah nama lain untuk keradangan folikel bulu anda. Simptomnya sama seperti beberapa lebam merah yang akan anda lihat selepas and mencukur kaki.

Jangkitan bakteria atau kulat adalah penyebab utama folliculitis, dan ia biasanya akan hilang dalam beberapa hari dengan penjagaan diri yang betul: menggunakan pelembab, tidak memakai leggings selama 24/7, dan membersihkan kawasan yang dijangkiti.

Walau bagaimanapun, jika anda melihat bahawa folikel bulu kelihatan lebih dijangkiti, Mayo Clinic mencadangkan untuk berjumpa dengan doktor dan menggunakan krim antibiotik atau krim antikulat. Anda juga mungkin mahu mencuba aloe vera untuk menambah kelembapan kulit.

  1. Kurap

Kurap adalah jangkitan kulat yang disebabkan oleh peluh berlebihan dalam pakaian senaman yang ketat, kata Dr Zeichner. Simptom jangkitan ini adalah tompok-tompok berwarna merah, bersisik, dan kadang-kadang ruam gatal pada kulit atau di pangkal paha.

Untuk menghilangkan kurap, Zeichner mencadangkan penggunaan krim antikulat atau berjumpa doktor anda untuk mendapatkan preskripsi jika kes anda adalah lebih teruk.

  1. Tinea Cruris

Ramai yang mengatakan penyakit ini hanya akan berlaku kepada lelaki. Kenyataan itu salah sama sekali. Tinea Cruris adalah jangkitan kulat yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja  yang berada dalam keadaan berpeluh dan persekitaran yang lembab dalam jangka masa yang lama.

Penyakit ini selalunya akan berlaku kepada para atlet dan juga orang-orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Cara untuk mencegahnya adalah dengan memastikan anda mandi dan menukar leggings setelah seharian berpeluh.

  1. Bakteria Vaginosis

Penggunaan leggings yang kurang bersih juga boleh menjejaskan  keseimbangan bakteria dan menyebab kepada penumbuhan bakteria yang cepat.

Menurut Klinik Mayo, perkara-perkara lain yang boleh menyumbang kepada penyakit ini adalah pasangan seks baru atau mempunyai pasangan seks yang ramai, dan kekurangan bakteria lactobacilli semula jadi.

Bau faraj yang hanyir, gatal-gatal, dan mungkin pembuangan yang luar biasa dianggap sebagai gejala jangkitan yis. Jadi ia adalah idea yang baik untuk berjumpa dengan doktor anda daripada merawatnya sendiri.

  1. Jangkitan Yis

Jangkitan yis akan membiak dalam keadaan yang lembap, persekitaran yang suam, dan leggings anda adalah penyumbang terbaik untuk jangkitan ini.

Jika anda alami faraj yang gatal-gatal atau keputihan yang berketul-ketul, anda mungkin mempunyai jangkitan yis (atau, seperti yang dinyatakan, mungkin BV atau jangkitan lain).

Kunci utama untuk mencegah jangkitan yis: Jangan berjalan sepanjang hari dalam seluar yoga anda yang penuh dengan peluh!

  1. Kekeringan Kulit

Sekiranya anda memakai legging sebelum menyapu pelembap pada kaki anda, akan menyebabkan kegatalan. Malah, jika anda perasan terdapat “debu” pada leggings anda, itu adalah sebenarnya kulit mati anda.

Kulit kering yang melampau boleh menyebabkan dermatitis, ruam merah disebabkan oleh kerosakan kepada lapisan perlindungan pada kulit anda.

Untuk mencegahnya adalah, anda perlu menggunakan pelembab sepanjang masa, mandi selepas bekerja di luar, dan menukar leggings anda setiap kali selepas pemakaian.

 

Tags
Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
Close