Teknologi

Apakah pelan pascabayar terbaik pada tahun 2016?

Data, data dan lebih lagi data! Itu fokus utama syarikat telekomunikasi di Malaysia bagi tahun 2016 namun apakah pelan terbaik dan paling sesuai mengikut kemampuan anda?

Memang benar tahun ini pelan pascabayar tampil lebih menarik dengan jumlah data yang sangat tinggi. Data itu turut diiringi beberapa promosi aplikasi penstriman video dan lagu yang melengkapkan pakej tersebut.

Sebelum dimulakan, artikel ini hanya sekdara pandangan penulis dan tidak membayangkan mahupun berhajat untuk mencalarkan imej syarikat-syarikat ternama ini. Setiap pengguna memiliki kemahuan yang berbeza.

Di sini, penulis memberi 4 soalan yang perlu ditanya pada diri sendiri sebelum membuat pilihan pakej anda:

1) Apakah kekurangan yang terdapat pada pelan anda sebelum ini? Semestinya, kekurangan data dan caj panggilan mahal adalah keutamaan setiap pengguna.

Tidak dinafikan, tawaran ‘unlimited calls’ sangat membantu.

2) Data tinggi = harga tinggi. Apakah anda memerlukan kesemua 20GB setiap bulan? Anda mungkin rugi sedikit jika ‘carry over’ data yang berlebihan bulan depan.

Pastikan anda tahu jika jumlah data diberi secara lamsam atau dibahagikan kepada hari minggu atau WiFi percuma.

3) Sememangnya, bukan semua promosi aplikasi yang ditawarkan akan digunakan oleh pengguna setiap hari. Jika ada, ia juga boleh dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

4) Buat kajian mengenai network dan pastikan line anda sentiasa jelas di lokasi kegemaran anda. Tanya pada rakan-rakan anda!

Maxis: MaxisONE plan

Pro
+Panggilan dan SMS tanpa had
+Network dan kualiti panggilan yang jelas
+Tawaran ‘supplementary line’ yang menarik
+Promosi aplikasi yang popular dan menarik

Kontra
-Caj bulanan paling tinggi di Malaysia
-Tawaran 20GB tidak terlalu banyak untuk pengguna sederhana
-Pengumuman Maxis sedikit lambat berbanding syarikat telekomunikasi lain.

Celcom: Celcom FIRST

Pro
+Harga lebih berpatutan
+Panggilan dan SMS tanpa had
+Network dan kualiti panggilan yang jelas (kedua terbaik)
+Tiada komitmen menerusi kontrak

Kontra
-Kurang yakin dengan data percuma pada hari minggu
-WiFi Plus percuma amat terhad dan kurang konsisten

Digi: Digi Postpaid

Pro
+Pelan paling mahal = RM80/bulan
+Panggilan tanpa had
+Network dan kualiti panggilan yang jelas (ketiga terbaik)
+Tambahan data yang murah (RM10 = 8GB selama 7 hari)

Kontra
-SMS tanpa had hanya kepada 3 Digi Friends, 10sen/SMS
-Jumlah data paling tinggi hanya 10GB

U Mobile

Pro
+Pelan serendah RM28/sebulan
+Data internet secara keseluruhan (tidak dibahagikan kepada hari minggu atau WiFi)
+Tambahan ‘member line’ serendah RM10/bulan

Kontra
-Hanya P70 menawarkan panggilan tanpa had
-Network dan kualiti panggilan yang kurang memuaskan
-Tiada promosi lain

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button