Gaya HidupKesihatan

Bagaimana Sistem Pemakanan Mempengaruhi Alat Sulit Wanita

Pernahkah anda mengalami satu situasi dimana anda berasa vagina anda mungkin berbau? Jika ya, maka ia ada kaitan yang rapat dengan sistem pemakanan anda. Seperti istilah “Kamu, adalah apa yang kamu makan,” ternyata memainkan peranan yang penting kepada kebersihan anda sebagai seorang wanita.

Vagina yang sihat mempunyai pH semula jadi yang berasid, serta pelbagai bakteria sihat yang akan menghindari sebarang jangkitan terhadap vagina anda,” kata Mary Rosser, M.D., Ph.D., ob-gyn di Pusat Perubatan Montefiore di New York.

Walau bagaimanapun, makanan yang anda makan boleh mempengaruhi takat pH itu, dan akan mengubah bau vagina anda (dan juga rasanya). Menurut Rosser, makanan seperti rempah, bawang, bawang putih, daging merah, susu, asparagus, brokoli, dan alkohol boleh menjejaskan keseimbangan semulajadi anda ada pada vagina anda.

Manakala buah-buahan dan jus buah-buahan boleh mengubah keadaan itu terutama dalam membuatnya rasa lebih manis. Tetapi apa-apa kesan sekali pun, ia hanya akan kekal selama dua atau tiga hari selepas anda makan dan menjadi kenyang.

Oleh itu, apabila ia melibatkan anda dan vagina anda, beliau mencadangkan untuk mengamalkan pengambilan terhadap makanan seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran, bijirin penuh, dan air yang banyak. Dan jika anda suka Greek yogurt, adalah lebih baik.

“Yogurt mengandungi kultur hidup dan aktif adalah probiotik dan akan membantu dalam mengekalkan kesihatan dan keseimbangan takat pH berasid vagina anda,” kata beliau.

Akhir sekali, anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan anda demi vagina anda: Wanita dengan darah gula tinggi yang tidak terkawal disebabkan oleh kencing manis mungkin berada dalam risiko yang tinggi untuk menghidap jangkitan yis, kata Rosser.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/

Show More

Related Articles

Back to top button