AntarabangsaIsu Semasa

Irish Republican Army: Kumpulan Pengganas Yang Wujud Sejak Abad Ke-20

 

Dunia sekarang ini kerap diancam dengan pelbagai serangan keganasan yang diterajui oleh kumpulan-kumpulan pengganas. Mereka ini merupakan kumpulan ekstremis yang pada lumrahnya, perjuangan mereka adalah untuk menuntut hak kebebasan dan keadilan mengikut ideologi yang sempit dan berteras kepada keganasan.

‘The New World Order’ menyaksikan pertumbuhan pelbagai kumpulan pengganas yang ekstrimis dan ianya bukanlah sesuatu perkara yang baru. Dasar perjuangan mereka kononnya memperjuangkan hak asasi, liberalisme, dan berunsur keagamaan, namun sebaliknya, kumpulan-kumpulan ini sebenarnya memperjuangkan ideologi-ideologi songsang yang melampaui batasan agama dan kemanusiaan.

Antara puak pengganas yang dianggap ‘popular’ adalah Al-Qaeda, ISIS, Boko Haram dan juga The Tamil Tigers. Tetapi, pernahkah anda terdengar tentang Irish Republican Army sebelum ini? Pasti ramai dikalangan masyarakat tidak pernah tahu akan kewujudan kumpulan pengganas yang disebutkan ini.

irishrepublicanarmy.png
IRA – Foto forbiddensymbols.com

Irish Republican Army atau nama singkatannya IRA, adalah antara pertubuhan pengganas ekstrim yang telah bertapak dan berjuang begitu lama, iaitu sejak abad ke-20 lagi sehinggalah ke hari ini. Mereka ini merupakan golongan minoriti yang memperjuangkan kemerdekaan Ireland untuk keluar daripada United Kingdom kerana tidak sehaluan dengan sistem pemerintahan mereka.

Mereka ini telah dilabel sebagai pengganas kerana menggunakan taktik-taktik tertentu untuk menentang pemerintahan British di Ireland seperti pengeboman dan juga pembunuhan. Nama singkatan IRA telah digunakan sejak kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1921. Daripada tahun 1969 sehingga 1997, kumpulan ini telah berpecah kepada beberapa organisasi, di mana kesemuanya membawa identiti IRA seperti The Real IRA (RIRA) dan juga Continuity IRA (CIRA).

Bertapak di Ireland Utara, mereka menjalankan operasi keganasan di kawasan Ireland, Great Britain dan juga seluruh Eropah. Daripada tahun 1970 sehingga 1990, IRA telah menerima senjata api dan juga latihan daripada beberapa kumpulan antarabangsa, dan antaranya adalah ‘American sympathizers’, Libya dan juga Palestine Liberation Organization (PLO), menurut laporan.

Mk-15-BB.jpg
IRA menunjukkan RPG dan mortar yang diubahsuai (1992) – Foto en.wikipedia.org

Dalam pada itu, matlamat utama mereka adalah untuk mewujudkan negara Ireland yang bebas dan bersatu, bukan di bawah pemerintahan British, tetapi di bawah rakyat Irish sendiri. Walaupun telah termasuk dalam kategori pengganas, kumpulan ini tidak mempunyai ahli yang begitu ramai. Anggaran ahli yang menyertai puak ini adalah dalam lingkungan ratusan orang sahaja.

Untuk pengetahuan anda, The Real IRA (RIRA) merupakan kumpulan yang bertanggungjawab dalam pengeboman Omagh pada 15 Ogos, 1998. Serangan itu berlaku di tengah bandar Ireland Utara, di mana ia telah mengorbankan 29 nyawa dan kira-kira 200 sehingga 300 orang mengalami kecederaan.

6066932_orig
Gambar sekadar hiasan – Foto terroristallalone20000.weebly.com

Selain itu, mereka juga telah melancarkan beberapa aktiviti pengeboman di United Kingdom sendiri kerana mempercayai bahawa serangan seperti ini memberi impak yang lebih besar terhadap British, dalam harapan kerajaan itu akan menarik diri daripada Ireland Utara.

Walaupun beroperasi dalam kumpulan yang kecil, agensi perisikan United Kingdom, MI5, menggelar puak pengganas ini sebagai ancaman utama kepada mereka pada tahun Julai 2008. Menurut MI5, mereka menganggarkan bahawa seramai 80 orang ahli IRA yang sanggup melancarkan serangan bom atau serangan lain dengan rela tanpa sebarang perasaan gentar.

231be468-1fba-4dd5-8240-e9b33e25f240
Agency Perisikan MI5, United Kingdom – Foto jobs.theguardian.com

IRA dan semua kumpulan di bawahnya telah mempersetujui untuk melakukan gencatan senjata pada tahun 1994, tetapi perjanjian itu telah dilanggar pada tahun 1996 apabila mereka melancarkan serangan bom di Canary Wharf, London yang telah meragut dua nyawa.

Serangan itu menjadi ‘petanda’ bahawa gencatan senjata selama 17 bulan itu telah tamat dan ‘operasi kembali seperti biasa’. Kini, walaupun mereka tidak lagi aktif seperti dahulu, operasi masih dijalankan dalam skala yang kecil.

new-ira2
Tentera IRA – Foto americanfront.info

“Niat tidak menghalalkan perbuatan atau cara”. Ini adalah kata-kata yang harus disematkan di dalam hati setiap insan. Ramai orang di dunia ini mempunyai niat atau matlamat baik yang ingin dikecapi, tetapi disebabkan oleh hasutan anasir luar, sifat radikal dan dendam yang melampau, mereka ini sanggup menggunakan keganasan demi merealisasikan impian mereka.

Kesimpulannya, janganlah sesekali kita menggunakan keganasan sebagai satu jalan untuk menyelesaikan masalah, kerana ia tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan, tetapi sebaliknya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber: http://terrorism.about.com/od/groupsleader1/p/IRA.htm

http://www.pbs.org/wgbh/pages/frontline/shows/ira/inside/org.html

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker