Gaya HidupKesihatan

Memakai Bra Semasa Tidur Boleh Membahayakan Kesihatan?

Terdapat banyak maklumat di interwebs yang membahaskan sama ada ianya selamat atau tidak untuk tidak memakai bra semasa tidur. Tetapi pakar mengatakan bahawa tidak ada penyelidikan bagi menyokong dakwaan bahawa jika anda memakai bra selama 24/7 jam adalah bahaya untuk anda.

“Tiada bukti bahawa apa-apa jenis bra, atau coli yang ketat, adalah berbahaya dalam apa jua situasi,” kata Holly Pederson, M.D., Pengarah Perkhidmatan Perubatan Payudara di Klinik Cleveland.

Salah satu mitos yang paling biasa adalah memakai bra pada waktu malam ada kaitan dengan peningkatan risiko kanser payudara. Seperti yang kita katakan, tiada apa-apa bukti yang sahih untuk menyokong kenyataan ini.

Malah, satu kajian kes pada 2014 telah dilakukan di Cancer Research Center Fred Hutchinson di Seattle telah mendapati bahawa tidak ada apa-apa bukti tentang pemakaian bra (termasuk saiz cawan, kekerapan memakai, underwire, atau umur anda mula memakainya) mempunyai sebarang kaitan kepada kanser payudara.

Jadi adakah denganĀ  memakai bra untuk tidur akan memberi apa-apa manfaat kepada kesihatan anda? Beberapa wanita percaya bahawa memakai bra pada tengahari dan malam akan mengekalkan keanjalan dan bentuk bulat payudara anda.

Pederson mengatakan bahawa tisu payudara kita digantikan dengan lemak (yang lebih lembut) apabila kita semakin tua, oleh itu akan membuatkan buah dada kita secara semulajadi menjadi sedikit gebeh.

Kesimpulannya jika anda rasa selesa tanpa memakai coli pada waktu malam, teruskanlah tabiat itu. Jika anda mempunyai buah dada yang lebih besar dan lebih selesa untuk memakai bra, maka itu juga OK.

 

Sumber: http://www.womenshealthmag.com

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close