HiburanSukan

Trailer filem ‘Pele’ diumumkan

Siapa tidak kenal dengan pemain bola sepak terbaik dalam sejarah sukan? Jangan lupa saksikan filem berdasarkan kisah hidup Edson Arantes do Nascimento yang lebih digemari sebagai ‘Pele’, lagenda bola sepak.

Filem ‘Pele: Birth of a Legend’ menceritakan kisah hidup Pele dan bagaimana beliau diangkat sebagai pujaan warga Brazil. Filem itu lebih fokus kepada zaman kanak-kanak beliau sehingga membuat penampilan pertama dalam saingan Piala Dunia bersama Brazil.

Untuk rekod, Piala Dunia 1958 menyaksikan Pele melakar sejarah ketika menjadi penjaring gol paling muda dalam sejarah pada usia 17 tahun. Dalam pada itu, beliau juga merupakan penjaring hatrik paling muda dan penjaring peringkat final paling muda di mana Brazil menamatkan saingan dengan menjulang trofi berperstij itu.

Malah, seperti ramai warga Brazil, Pele tidak memiliki kehidupan yang mewah atau senang tetapi dia memiliki semangat dan sebuah bola sepak di bawah tapak kakinya.

Watak Pele dimainkan dua pelakon muda iaitu Leonardo Lima Carvalho  (Pele, 10 tahun) dan Kevin de Paula (Pele 13-17 tahun).

Tayangan perdana filem Pele: Birth of a Legend masih dalam perbincangan namun ia dijangka berlaku pada tahun ini.

Show More

Related Articles

Back to top button