Gaya HidupKecantikan

Ketahui Jenis Payudara Anda Dengan 7 Jenis Payudara Ini

Firma “Breast Shape Dictionary” telah menggambarkan pelbagai jenis payudara dengan menggunakan ilustrasi, dengan tujuan untuk membantu wanita memilih bra yang paling sesuai dengan badan mereka.

Untuk mendapatkan bra atau coli yang sempurna dengan bentuk payudara anda kadang-kadang akan menjadi perkara yang amat sulit. Mungkin bra yang dibeli agak terlalu ketat atau mungkin juga terlalu longgar buat bentuk buah dada anda.

Bra secara umumnya disesuaikan mengikut lebar dada dan sejauh mana kemenonjolan buah dada sesetengah wanita itu.

Selain daripada ciri-ciri di atas, berdasarkan panduan saiz payudara daripada laman web Thirdlove, ciri-ciri lain seperti panjang dan bentuk bulat payudara itu juga turut diambil kira.

 

7 Jenis Bentuk

Sebuah syarikat pakaian dalam wanita telah menekankan bahawa semua bentuk badan wanita di dunia ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.

7 jenis payudara yang kami katakan tersebut termasuk  jenis payudara yang “Round, jenis ini biasanya berbentuk penuh di bahagian atas dan bawah.

Payudara jenis “East West” pula adalah di mana puting payudara anda menghadap ke arah yang berlainan.

Side Set” adalah jenis yang mempunyai ruang yang luas diantaranya. Manakala payudara yang mempunyai saiz yang berbeza pula dipanggil “Asymmetric”.

Yang memiliki “Bell Shape (Loceng)”, adalah jenis yang tipis di bahagian atas dan penuh di bahagian bawah.

Slender” pula adalah payudara yang nipis dan putingnya menghala ke bawah.

Tear Drop” atau air mata, adalah payudara yang bulat di bahagian bawah, tetapi kurang penuh di bahagian atas.

 

Mengapa Penting Untuk Mengetahui Jenis Payudara?

Dengan mengetahui jenis-jenis payudara yang berbeza di atas, anda akan lebih kenal bentuk payudara anda yang sebenarnya.

“Semasa proses reka bentuk produk kami, kami mendapati bahawa untuk mendapatkan saiz yang sempurna adalah dengan mengenal pasti gaya yang paling sesuai dengan bentuk semula jadi payudara anda,” kata Ra’el Cohen, Naib Presiden Reka Bentuk dan Pembangunan Produk di ThirdLove

Show More

Related Articles

Back to top button