Sukan

Kematian rakan paksa Conor McGregor bersara awal?

Peninju sensasi UFC, Conor McGregor mengejutkan dunia apabila mengumumkan hasratnya untuk bersara awal menerusi laman media sosialnya baru-baru ini. Namun, apakah cerita disebalik kejutan itu?

Bagi peminat-peminat setia UFC, kami harus tunggu kenyataan rasmi daripada bintang Republic of Ireland itu. Tetapi, dikhabarkan ada satu kemungkinan ataupun sebab utama yang mampu memainkan faktor dalam keputusannya.

Pertama sekali, UFC terpaksa mengucap selamat tinggal kepada seorang peninju Joao Carvalho, 28, yang meninggal dunia selepas menerima rawatan kecemasan selepas pertarungan di Dublin. Peninju kelahiran Portugis itu menerima pukulan KO ketika perlawanan itu.

Biarpun McGregor tidak mengenali Carvalho dengan begitu baik, kehilangan itu amat dirasai juara kategori Featherweight itu. Ia mungkin memberi satu peringatan besar kepadanya bahawa tiada sesiapa dalam arena UFC yang mampu menentukan keputusan perlawanan setiap kali bertarung dalam octagon.

McGregor menjadi tajuk utama sukan tersebut dengan gaya serta persembahan yang memberangsangkan penyokong setiap kali dia menjejak ke dalam gelanggang. Bagaimanapun, McGregor tewas secara mengejutkan baru-baru ini di tangan Nate Diaz, peninju yang beraksi dua kelas lebih tinggi daripada kategori Featherweight.

Apapun, UFC mengotakan janji mereka apabila mengesahkan edisi UFC 200 akan menyaksikan perlawanan rematch antara kedua-dua peninju itu yang sepatutnya berlangsung 8 Julai nanti.

McGregor membuat keputusan yang wajar. Dia merupakan fenomena bagi warga Irish namun dia tidak rela menggadaikan nyawanya semata-mata memperbaiki rekod 19-3 yang tercalar baru-baru ini.

Sumber: http://espn.go.com/mma/story/_/id/15272422/conor-mcgregor-tweets-decided-retire-young

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close