Antarabangsa

Bukti Perentas Masa? Mumia 1,500 Tahun Dijumpai Memakai Adidas

Seorang mumia purba dijumpai di Mongolia dengan fesyen yang amat pelik sekali – mumia itu memakai ‘Adidas’.

Menurut akhbar The Sun, para saintis berjaya menggali keluar baki tangan dan kaki mumia yang dipercayai wanita berusia 1,500 tahun yang ‘terkubur’ di atas Gunung Altai.

Namun, apa yang mereka menjumpai sangat memelikkan mereka. Mumia tersebut masih memakai sepasang kasut dipercayai mempunyai jalur corak yang menyerupai corak kasut Adidas.

Tinggalan mumia tersebut dijumpai 2,803 meter di atas Gunung Altai, Mongolia. Dipercayai wanita berasal dari Turkic, mumia ini dipercayai berusia lebih 1,500 tahun. Menurut seorang pakar di Muzium Khovd, B. Sukhbaatar, mumia ini bukan berasal dari golongan elit kerana tiada ikatan pada kuburnya. Selain dari itu, pihak mereka juga menjumpai peninggalan-peninggalan purba lain seperti pelana, kekang, pasu, mangkuk kayu, cerek besi dan pakai Mongolian. Tetapi, sedikit pun mereka tidak mengaitkan penemuan ini dengan corak ‘Adidas’ tersebut.

Biarpun begitu, penemuan ini menjadi bahan bualan hangat di Internet. Penemuan ini juga dipercayai sesetengah pihak ia berasal dari masa kini yang merentas masa ke 1,500 tahun yang dahulu. Malah ada yang berjenaka mengatakan kemungkinan ini adalah ‘stunt publisiti’ dari Universal dan Adidas mengenai kebarangkalian filem ‘The Mummy’ terbaru.

 

sumber: http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-3537442/Conspiracy-theorists-believe-1-500-year-old-Mongolian-mummy-wearing-Adidas-boots-finally-proof-time-travel-exists.html

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker